HEADLINES

Starbucks tutup kedai di Kota Bharu?

Pemerhatian Scoop di laman web Starbucks Malaysia mendapati Starbucks Troika Kota Bharu itu ditutup sementara

9:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Starbuck Malaysia didakwa telah menutup operasi di salah satu cawangannya di Kota Bharu, di sebalik laporan pemilik francais rangkaian popular itu mengalami penurunan pendapatan sehingga 38% tahun lepas.

Malah pemerhatian Scoop di di laman web Starbucks Malaysia mendapati Starbucks Troika Kota Bharu, yang beralamat di Lot 1-10 & 1-11, Troika Kota Bharu, Bandar Kota Bharu, Kelantan itu ditutup sementara.

Seorang netizen mendakwa satu cawangan Starbucks di Kota Bharu menamatkan operasi. – Tangkapan layar laman web Starbucks Malaysia, 4 April, 2024

Dakwaan penutupan itu dikongsi warga maya menerusi akaun Facebook Ryzal Ibrahim beberapa hari lalu dan kemudiannya menjadi tular di media sosial.

“Dikhabarkan salah satu cawangan Starbucks di Kota Bharu secara rasmi menamatkan operasinya,’’ demikian hantaran yang dibuatnya itu beserta gambar Starbuck terbabit.

Hantaran tersebut kemudiannya menjadi tular dan dikongsi ramai.

Menerusi temu bual dengan media di Okinawa, pengasas dan penasihat Berjaya Corp Bhd, Tan Sri Vincent Tan pada Mac lalu menggesa rakyat Malaysia untuk menamatkan boikot Starbucks Malaysia sambil menjelaskan bahawa francais itu dimiliki Berjaya Food Bhd (BFood), dengan semua tenaga kerja adalah rakyat Malaysia.

“Saya rasa mereka yang memboikot patut tahu bahawa Starbucks Malaysia dimiliki oleh BFood, yang merupakan syarikat Malaysia.

“Kami tidak mempunyai pekerja warga asing di ibu pejabat atau di kedai. Jadi saya berpendapat boikot ini tidak memberikan manfaat kepada sesiapa,’’ katanya dalam satu majlis di Jepun.

Tambahnya, hampir 85% pekerja Starbucks Malaysia adalah pekerja Muslim.

Pada 21 Februari lalu, BFood, pemilik francais tempatan rangkaian makanan dan minuman popular Starbucks, memperoleh pendapatan lebih rendah sebanyak RM182.55 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember tahun lalu.

Ia berbanding pendapatan sebanyak RM295.32 juta bagi tempoh sama, tahun sebelumnya.

Syarikat itu mengaitkan pengurangan pendapatan itu terutama disebabkan boikot berterusan yang dikaitkan dengan konflik Asia Barat, sekali gus memberikan kesan kepada sentimen pengguna.

BFood bagaimanapun percaya prestasi operasi akan pulih dan mendapat semula momentum, melihat perkembangan semasa sebagai jangka pendek dan menjangkakan kemajuan positif pada masa hadapan. – 4 April, 2024

Topics

 

Hangat

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Ismail sahkan Exco sebulat suara iktiraf penurunan takhta Tuanku Muhriz

MB Negeri Sembilan mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri meneruskan pewartaan Surat Cara Proklamasi, membelakangkan ketetapan Dewan Keadilan dan Undang serta amaran peguam baginda

SMART team leaves for Nepal, to focus on last known area of missing Malaysians

11-member team will be in disaster area for 10 days

Related