Bukan Umno tapi Tajuddin yang alami ‘sindrom bisu’: MKT bidas bekas MP Pasir Salak

Mohd Razlan turut mempersoalkan sikap Tajuddin terutama dalam menangani kes nahas pada 2021 bukankah antara contoh sikap beliau yang tidak menguntungkan Umno ketika itu?

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membidas bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman atas tuduhan kononnya ada ‘sindrom bisu’ dalam kalangan pemimpin Umno terutama berkait isu nasional.

Ahli MKT, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, sebaliknya Tajuddin yang sebenarnya mengalami sindrom bisu selepas lebih 18 bulan digantung parti dan hilang dari ‘radar’.

“Tuduhan kononnya pemimpin Umno kini tidak berbuat apa-apa untuk mengembalikan sokongan rakyat serta hanya memikirkan jawatan juga sekadar cakap-cakap politik untuk beliau supaya kelihatan relevan.

“Sebenarnya Tajuddin wajar bertanya kepada diri sendiri, apa yang beliau lakukan sebelum dan selepas pilihan raya melainkan mengkritik kepimpinan parti tanpa berbuat apa-apa untuk mengembalikan sokongan rakyat?

“Malah tidak keterlaluan jika dikatakan sikap angkuh dan sombongnya ketika menjadi pengerusi sebuah syarikat antara sebab rakyat marah ketika itu, sehingga tempiasnya terpalit kepada Umno.

“Adakah Tajuddin lupa netizen pernah ‘bertepuk tangan’ apabila beliau dipecat sebagai pengerusi syarikat itu pada Mei 2021? Semuanya gara-gara kegagalan dan tiada rasa sensitif serta empati beliau dalam mengurus mangsa tragedi nahas pada 24 Mei 2021 itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Tajuddin yang juga bekas MKT Umno bimbang dengan masa depan parti itu kerana didakwa gagal mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Razlan menafikan tuduhan pemimpin Umno senyap sebaliknya bertanyakan kepada Tajuddin siapakah yang bersuara dalam isu stoking tertera kalimah Allah. – Gambar Facebook Razlan Rafii, 4 April, 2024

Beliau juga mengakui kecewa dengan kepimpinan parti itu yang dilihat tidak serius membawa perubahan kepada Umno.

Katanya, seakan-akan ‘sindrom bisu’ sedang melarat dalam kalangan ahli parti kerana tidak berani bersuara dalam isu nasional.

Mohd Razlan turut mempersoalkan sikap Tajuddin terutama dalam menangani kes nahas pada 2021 itu bukankah antara contoh sikap beliau yang tidak menguntungkan Umno ketika itu?

“Kini selepas lebih 18 bulan digantung keahlian Umno dan hilang daripada radar, mengapa tiba-tiba Tajuddin tidak lagi berada dalam ‘sindrom bisu’? Kenapa tiba-tiba bersuara dan apa agenda beliau? Adakah kerana mahu kelihatan relevan?

“Jadi sebelum hendak menuduh pemimpin Umno tidak buat kerja atau tidak berbuat apa-apa untuk mengembalikan sokongan rakyat, lebih baik beliau berbuat sesuatu untuk membantu Presiden dan kepimpinan parti, beliau juga menyatakan tidak mahu meninggalkan Umno,” kataya.

Beliau turut menafikan tuduhan pemimpin Umno senyap sebaliknya bertanyakan kepada Tajuddin siapakah yang bersuara dalam isu stoking tertera kalimah Allah?

“Parti manakah dalam kerajaan yang terus menyuarakan mengenai kepentingan Melayu dan Bumiputera?

“Contoh paling jelas, kejayaan pelaksanaan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 adalah hasil cetusan dan pemikiran dari Umno yang serius memperjuangkan ekonomi bangsa.

“Jadi janganlah bersuara berdegar-degar tiba-tiba semata-mata untuk kembali relevan sedangkan selama ini berada dalam ‘sindrom bisu’ ketika Presiden dan kepimpinan Umno sibuk bekerja,” katanya. – 4 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[WATCH] Just what the doctor ordered: prescriptions for a better Malaysia

In the face of attempts to sow discord among the various races in the country, cardiothoracic surgeon Datuk Dr Venugopal Balchand stands ready to staunchly defend national unity and harmony in a heartbeat.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

Related