PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa)

8:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo berkata dalam mesyuarat yang diadakan di Shah Alam tengah hari itu, beberapa nama akan dikemukakan untuk penilaian, termasuklah daripada sayap wanita. 

“Kita berharap keputusan (muktamadkan calon) dapat dibuat dalam masa terdekat, namun buat masa sekarang, ia dalam perbincangan, belum ada keputusan lagi.

“ …tapi soal parti mana yang akan bertanding, itu telah ditentukan dan ia calon PH-Perpaduan daripada DAP,” kata Pengerusi DAP Selangor itu hari ini. 

Gobind yang juga Menteri Digital ditemui media pada Program #IkhlasMYNIC Sinari Ramadan, Raikan Syawal di Damansara, Selangor yang menyaksikan 48 individu daripada 12 keluarga asnaf dibawa untuk membeli-belah barangan persiapan Aidilfitri masing-masing.

Khamis lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong, susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac.

Lee, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

PRK Kuala Kubu Baharu merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK Kuala Kubu Baharu adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara. – 6 April, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related