HEADLINES

Perkhidmatan perbankan tergendala: Maybank perlu dikenakan penalti

Penalti itu bukan sahaja sebagai pengajaran kepada Maybank tetapi juga menjadi iktibar kepada bank-bank atau operator kewangan lain

3:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Kewangan (Mof) dan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengenakan penalti kepada Maybank selepas perkhidmatan perbankan institusi kewangan itu tergendala baru-baru ini.

Menyifatkan kejadian itu sebagai tidak boleh diterima sama sekali, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, penalti itu bukan sahaja sebagai pengajaran kepada Maybank tetapi juga menjadi iktibar kepada bank-bank atau operator kewangan lain.

Ini katanya, supaya kejadian sama tidak berulang sehingga menyusahkan pengguna.

“Apa yang berlaku baru-baru ini tidak boleh diterima sama sekali, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia semakin bergantung kepada pembayaran secara dalam talian atau e-pembayaran seiring objektif BNM.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, penalti itu perlu supaya kejadian sama tidak berulang sehingga menyusahkan pengguna – Gambar Scoop, 7 April, 2024

“Ramai pengguna melahirkan rasa kecewa, geram dan malu dengan apa yang berlaku, bukan sahaja tidak boleh membuat pembayaran ketika membeli-belah dan selepas menjamu selera, malah tersangkut di kawasan parkir kerana tidak boleh keluar. Bahkan, kakitangan bank sendiri dan mereka yang mengendalikan perbankan dalam talian ini juga tidak suka insiden tersebut berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, boleh dikatakan, berjuta rakyat Malaysia selaku pengguna yang terkesan dengan apa yang berlaku.

Malah katanya, lebih teruk, tiada sebarang notis dikeluarkan terlebih awal sebelum ia berlaku.

Untuk itu tambah beliau, bank-bank diharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik di masa depan.

“Penting untuk memberikan notis awal atau mengumumkan bila kerja-kerja penyelenggaraan sistem akan dibuat supaya pengguna lebih bersedia dan akan menggunakan alternatif lain bagi mengelakkan mereka ditimpa kesulitan yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Baru-baru ini, perkhidmatan perbankan Maybank berdepan masalah sehingga menyukarkan pengguna membuat pelbagai transaksi pembayaran.

Maybank memaklumkan perkhidmatan web dan perbankan mudah alihnya termasuk ATM dan Terminal Layan Diri (SST) tergendala untuk sementara waktu. – 7 April, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia must remain firm against Jho Low’s US pardon bid: Gobind

DAP chairman emphasises that all individuals linked to the 1MDB scandal must be held accountable without exception

Tomorrow’s not coming. It’s here – and it has your face – Ravindran Raman Kutty

A young world led by old hands – the contradiction that defines our politics, and the challenge for younger generations to step up

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Related