◉ HEADLINES

Logo tertera kalimah Allah pada tapak kasut: Jakim diarah panggil pihak berkaitan esok

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam

5:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarahkan untuk memanggil pihak berkaitan, esok, bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu tular logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na’im Mokhtar merujuk kepada satu perkongsian yang tular di media sosial mengenai isu berkenaan.

“Saya telah mengarahkan Jakim untuk memanggil pihak berkaitan pada esok hari, 8 April 2024 bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan memberikan ruang kepada Jakim serta pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi tempoh selama 24 jam kepada syarikat Vern’s untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan penemuan bentuk logo seakan-akan kalimah Allah pada tapak kasut keluaran syarikat itu.

Menurut beliau, jika tiada penjelasan dalam tempoh itu, tindakan boikot akan digerakkan terhadap produk keluaran syarikat berkenaan.


Isu berkenaan tular di media sosial selepas seorang pengguna mendakwa, logo dipercayai seakan-akan kalimah Allah tertera di bahagian tapak kasut yang baru dibeli untuk isterinya. – 7 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related