HEADLINES

Nahas pelajar Malaysia di New Zealand: Hanya seorang masih dirawat di Hospital Christchurch

Nahas yang berlaku pada 30 Mac lalu itu meragut nyawa dua pelajar Malaysia, manakala tiga yang lain dilaporkan parah

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Urusan kebajikan lima pelajar Malaysia yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand selesai dengan hanya seorang lagi mangsa masih menerima rawatan di Hospital Christchurch.

Nahas yang berlaku pada 30 Mac lalu itu meragut nyawa dua pelajar Malaysia, manakala tiga yang lain dilaporkan parah.

Wisma Putra memaklumkan, selain pelajar yang masih dirawat di Hospital Christchurch itu, dua lagi yang turut cedera dalam kejadian sama sudah dibenarkan keluar wad.

“Jenazah salah seorang pelajar yang terkorban sudah selamat dikebumikan di Christchurch, manakala jenazah seorang lagi pelajar yang dibawa pulang juga selamat dikebumikan di Malaysia.

“Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, ingin memaklumkan bahawa semua urusan kebajikan mangsa yang terbabit dalam insiden berkenaan selesai dan berjalan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Kementerian Luar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terbabit termasuk kerajaan New Zealand, Hospital Timaru, Hospital Christchurch, Universiti of Canterbury dan komuniti Malaysia di Christchurch.

“Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada pihak lain yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam memudah cara dan memastikan pengurusan kebajikan semua mangsa berkenaan berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, media tempatan New Zealand melaporkan insiden kemalangan membabitkan dua kenderaan dan sebuah motosikal berlaku di State Highway 8 berhampiran Lake Pukaki menyebabkan dua maut dan tiga yang lain cedera.

Dua yang maut itu disahkan pelajar Malaysia iaitu Wan Nur Adlina Alisa dan Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni.

Tiga pelajar yang cedera pula membabitkan dua penuntut universiti sama iaitu Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, selain Muhamad Faris Mohd Fairusham daripada Victoria University Wellington. – 10 April, 2024

Topics

 

Hangat

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related