HEADLINES

Rumah dibadai ribut pada petang 1 Syawal

Ia berterusan dalam masa 30 minit, menyebabkan kejadian pokok tumbang di Pulau Pinang namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan

10:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda ribut petang semalam, menerbangkan bumbung selain pokok tumbang menghempap rumah penduduk ketika umat Islam sedang meraikan 1 Syawal.

Antara kawasan yang terlibat adalah di Penaga, Kampung Kancut, Sungai Kedak, Permatang Tok Labu, Permatang Tok Brain, Taman Penaga dan Kampung Padang di Kepala Batas.

Ribut berkenaan disusuli dengan hujan lebat dengan kilat dan guruh turut melanda kira-kira jam 5 petang.

Ia berterusan dalam masa 30 minit, menyebabkan kejadian pokok tumbang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ribut di Pulau Pinang juga menyebabkan kejadian pokok tumbang di Lebuh Union, namun petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang bertindak pantas pada hari perayaan. – Gambar ihsan MBPP, 11 April, 2024

Sementara itu di Bandar Baharu, lapan rumah di Kampung Padang, Mukim Kechil Hilir turut mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin dalam satu kenyataan memaklumkan pemantauan dan tinjauan dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bandar Baharu mendapati kebanyakan kerosakan melibatkan bahagian bumbung yang diterbangkan angin kuat.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak, Sibu dan Mukah pagi ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,’’ katanya dalam satu kenyataan. – 11 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related