HEADLINES

Tiada tangkapan, polis teruskan siasatan kes 3 cawangan KK Mart dibaling bom petrol

Setakat ini tiada saksi baharu yang dipanggil

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan suspek dalam kes membaling bom petrol di tiga cawangan kedai serbaneka KK Mart, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini tiada tangkapan dilakukan pihak polis bagi kes terbabit.

“Kita masih meneruskan siasatan untuk mengesan suspek. Setakat ini tiada saksi baharu yang dipanggil. Siasatan masih diteruskan.

“Di cawangan KK Mart Sungai Isap, empat saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Manakala di Bidor pula, tujuh telah diambil keterangan,” katanya kepada Scoop.

Tan Sri Razarudin Husain berkata, untuk kes KK Mart Sungai Isap, empat saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Manakala di Bidor pula, tujuh telah diambil keterangan – Alif Omar/Scoop, 13 April, 2024

Menurutnya lagi, sebarang penemuan terbaharu berkaitan kes tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kita akan maklumkan jika ada maklumat terbaharu. Setakat ini, siasatan masih dijalankan,” katanya.

Terdahulu, pada 26 Mac lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol.

Katanya, siasatan awal mendapati bom petrol yang dilempar ke kedai terbabit dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menaiki kereta kira-kira jam 5 pagi.

Kejadian kedua pula berlaku pada 30 Mac lalu membabitkan sebuah lagi cawangan KK Mart Sungai Isap di Kuantan yang baru beroperasi dua minggu.

Kejadian itu menyebabkan empat rak jualan serta beberapa barangan jualan rosak.

Dua hari selepas itu, cawangan KK Mart di Jalan Satok, Kuching pula dilempar botol kaca berisi minyak tanah atau ‘Molotov Cocktail’.

Kejadian pada jam 1 pagi itu menyebabkan kebakaran kotak mengandungi air minuman di kaki lima hadapan kedai serbaneka berkenaan. – 13 April, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related