Kes tembakan KLIA: 11 keterangan saksi diambil, pengawal peribadi dalam keadaan stabil

Beberapa lagi saksi akan dipanggil termasuk ahli keluarga suspek dan beberapa yang lain dalam masa terdekat

12:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan melibatkan 11 saksi termasuk mangsa yang kena tembak dan terkena mercun, pengawal keselamatan serta doktor bagi membantu siasatan insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, beberapa lagi saksi akan dipanggil termasuk ahli keluarga suspek dan beberapa yang lain dalam masa terdekat.

Dalam sidang media hari ini, beliau turut mengesahkan pengawal peribadi, Mohd Nur Hadith Zaini atau lebih dikenali sebagai Along yang terkena tembakan tersebut berada dalam keadaan stabil dan masih menerima beberapa siri rawatan di Hospital Cyberjaya.

Malah beliau menegaskan bahawa suspek yang melepaskan tembakan, Hafizul Harawi, bergerak solo dan tidak melibatkan pihak lain.

“Kita percaya dia masih dalam negara dan masih memiliki senjata api itu. Saya menyeru supaya dia tampil dan menyerah diri secara baik.

“Tiada penglibatan orang lain. Melalui keterangan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mengesahkan identiti suspek. Penama yang melepaskan tembakan itu adalah Hafizul, tiada lain daripada itu. Buat masa ini siasatan, dia bergerak solo,” katanya.

Ketika ditanya mengapa polis tidak bertindak terhadap suspek semasa di lokasi kejadian, katanya, ia melibatkan faktor keselamatan di tempat awam.

“Itu adalah kawasan awam. Lebih baik kita keluarkan dia (suspek) dari kawasan itu dan selamatkan orang awam terlebih dahulu. Itu kaedah terbaik berbanding kita bertindak dengan suspek yang ketika itu bersenjata api.

“Kalau kita bertindak terhadapnya, keadaan akan jadi lebih buruk. Dia (suspek) telah melepaskan tembakan, itu kawasan awam, kanak-kanak pun ada di situ,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 15 April, 2024

Topics

Hangat

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Related