HEADLINES

Polis lepas 5 das tembakan amaran kereta lari sekatan

Suspek enggan memberhentikan kenderaannya sehingga menyebabkan anggota peronda melepaskan tembakan amaran, dua daripadanya terkena bonet kenderaan

6:42 PM MYT

 

BALING – Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan amaran terhadap sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki dan tiga wanita dalam kejadian di Kuala Pegang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Shamsudin Mamat berkata tiga wanita dan seorang lelaki ditahan sejurus selepas kereta itu terbabas di atas Jambatan Kuala Pegang di sini, manakala seorang lagi suspek ditahan pada pukul 3 petang tadi Gerik.

Beliau berkata sebelum itu Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak menerima maklumat daripada anggota bertugas di sekatan jalan raya di Sungai Lebey, Gerik pada 4 pagi yang memaklumkan sebuah kereta jenis Proton Perdana dalam keadaan mencurigakan dan memecut laju ketika melalui sekatan polis.

Peronda MPV Gerik yang membuat Op Kesan di kawasan sekitar kemudianya mengesan kenderaan suspek di sebuah stesen minyak di Kuala Rui, Gerik, dan semasa didekati kenderaan itu terus memecut laju, menyebabkan polis mengejarnya sehingga masuk ke sempadan Baling, Kedah.

“Kenderaan dipandu suspek membahayakan nyawa pengguna jalan raya dari arah bertentangan dan bagi mengelakkan kenderaan suspek melanggar kenderaan lain, anggota kenderaan peronda MPV Gerik telah memberi amaran melalui alat perhubungan ‘spectra’ sebanyak tiga kali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsudin berkata suspek enggan memberhentikan kenderaannya sehingga menyebabkan anggota peronda melepaskan lima das tembakan amaran, dengan dua tembakan mengenai bahagian ‘bonet’ kenderaan itu.

Beliau berkata kenderaan itu bagaimanapun tetap masih memecut laju sebelum terbabas di atas Jambatan Kuala Pegang, dan dua suspek dipercayai pemandu serta penumpang hadapan melarikan diri ke bawah jambatan sebelum menghilangkan diri.

Polis kemudiannya menemukan seorang lelaki dan tiga wanita dipercayai warga asing berumur 23 hingga 39 tahun tanpa dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah.

Shamsudin berkata seorang suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 30-an yang melarikan diri awalnya, kemudian ditahan di Stesen Bas Gerik, Perak pada pukul 3 petang tadi, sementara seorang lagi suspek masih bebas.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman dan kredibiliti mana-mana pihak termasuk siasatan yang masih dijalankan,” katanya. – 15 April, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

Related