Anak bergegas pulang, bapa tertinggal di R&R, ‘kami naik beberapa kereta tak sedar ayah tiada’

Berdasarkan keterangan di perkongsian video, individu terbabit memaklumkan bapanya terpaksa menunggu selama tiga puluh minit sebelum dijemput mereka

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian dialami sebuah keluarga yang sudah meneruskan perjalanan selepas berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, tetapi terpaksa berpatah balik ke situ, mencuit hati ramai.

Ia gara-gara terlupa membawa pulang bapa mereka yang tertinggal di R&R berkenaan ketika menaiki kenderaan, sebelum terus memulakan perjalanan.

Menerusi video berdurasi 24 saat dimuat naik pengguna TikTok @bukanbegitu415, kejadian itu berlaku kerana mereka tergesa-gesa pulang ke rumah, tanpa menyedari ketiadaan bapanya.

Berdasarkan keterangan di perkongsian video dimuat naik pemiliki akaun terbabit, bapanya terpaksa menunggu selama tiga puluh minit sebelum dijemput mereka.

@bukanbegitu415 Cek dulu sblum jln ye #raya2024 #buathal ♬ Cinta Setandan Pisang – Eda Ezrin & Den Manjo

Kedengaran gelak ketawa dipercayai ahli keluarga lelaki itu, berjalan beramai-ramai untuk menjemput dan mengiringi bapa mereka ke kenderaan.

Ditanya seorang pengguna media sosial itu adakah keluarga mereka menggunakan lebih daripada satu kereta ketika perjalanan, pemilik akaun terbabit mengakuinya.

Justeru, katanya, ia mungkin menjadi penyebab mereka terlepas pandang ketiadaan bapa mereka ketika meneruskan perjalanan kerana beranggapan, dia sudah menaiki satu daripada kenderaan itu.

Melalui ruangan komen, ramai netizen berkongsikan pengalaman mereka yang pernah menghadapi situasi sama.

“Teringat benda sama terjadi pada kakak saya ketika di Petronas, kakak pergi ke tandas, kami satu family (keluarga) sudah setengah jalan baru perasan kakak tiada,” kata @KING COBRA.

“Mak saya dulu naik kerusi roda, singgah R&R nak makan, dah parking (parkir) dan turunkan kerusi roda, mak pun sudah duduk, tutup bonet kereta dan terus jalan tinggal mak di tepi kereta. Bila dah jalan baru ingat mak,” ujar @AmyMahmud.

“Dulu pernah tertinggal ayah di pam minyak. Tak perasan ayah saya keluar, dah gerak tak lama baru perasan ayah tak ada. Patah balik pergi cari ayah,” komen @ku milikmu.

Sementara itu, ada netizen memuji fizikal ayah mereka yang disifatkan masih tegap dan sihat di usia begitu.

“Handsome (kacak) pakcik. Nampak gaya veteran pasukan uniform, badan pun tegap…” kata @Simo_hayha.

“Tercari juga mana satu bapanya. Ingatkan itu anak rupanya bapa,” tulis @CAMILLA. – 16 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Related