Keluarga mohon maaf kepada mangsa tembakan, minta henti tohmahan kepada ibu bapa: Adik Hafizul

Keluarga turut tidak menyangka Hafizul sanggup bertindak seteruk itu meskipun nasihat demi nasihat sudah diberikan

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keluarga kepada suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi Ahad lalu kecewa dengan tohmahan netizen terhadap ibu bapa mereka selepas kejadian tersebut tular di media sosial.

Hanafi Harawi yang juga adik kepada Hafizul, 38, turut meminta orang ramai supaya berhenti menuduh ibu bapanya dengan perkara yang tidak betul.

“Selama kami hidup dalam sebuah keluarga, apa yang berlaku memang tak sama dengan apa yang diceritakan dalam media sosial.

“Apabila membaca mesej Whatsapp sangat mengecewakan, ugutan dan tohmahan yang diberikan, kami pun tak sangka dia sampai sanggup memperlakukan hal yang diluar batasan pemikiran.

“Berhenti berkata-kata perkara yang anda tidak tahu hujung pangkal berhenti, menuduh mak ayah saya dengan perkara yang tak betul sedangkan seolah-olah mereka seperti menghalalkan perkara itu. Mak dan ayah mana sanggup melihat anak mereka ditahap ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Dalam pada itu, Hanafi berkata, mereka sekeluarga turut terkejut dengan tindakan abangnya yang disifatkan sebagai tidak berbaloi untuk dilakukan.

“Ya penembak di KLIA itu memang abang aku, darah daging aku. Kami satu famili pun tak menyangka dia sanggup melakukan perkara teruk itu.

“Kami pun tak pasti apa yang sedang difikirkannya sampai dia sanggup memperlakukan hal sedemikian.

“Pada saya memang tidak berbaloi untuk berbuat demikian dan tak layak sebab keindahan yang diceritakan di media sosial tidak sama dengan apa yang kami hadap dalam kehidupan seharian,” katanya.

Dedahnya lagi, mereka ada menasihati abangnya itu untuk ‘move on’ dengan apa yang berlaku dan fokus membesarkan anak-anak.

“Setelah nasihat demi nasihat diberikan kepadanya untuk ‘move on’ dengan apa yang berlaku dan fokus untuk membesarkan enam anaknya yang sedang meningkat dewasa dan akan mengenali perkara baik buruk.

“Tetapi hampa apabila nasihat tidak diendahkan dan (kami) seperti bercakap dengan bukan dirinya lagi. Macam-macam kata-kata semangat dan pelbagai ‘exit plan’ yang kami cuba berikan seolah tidak berjaya untuk membuatnya berfikiran secara waras,” katanya.

Scoop sebelum ini melaporkan, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, salah satu tembakan yang dilepaskan Hafizul mengenai pengawal peribadi kepada isternya yang dikenali sebagai Farah Cie atau nama sebenarya Farah Md Isa.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan kritikal dengan ditidurkan akibat kecederaan terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Mengulas lanjut, Hanafi dan ahli keluarganya turut memohon maaf kepada pengawal peribadi kakak iparnya yang cedera dalam kejadian di KLIA itu.

“Kami dari keluarga Hafizul memohon sejuta kemaafan atas apa yang berlaku pada mangsa kejadian di KLIA.

“Kami berharap beliau kembali pulih seperti sediakala. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Mohon maaf. Mohon berjuta kemaafan,” katanya.

Terdahulu, Hafizul yang memakai baju lokap berwarna ungu, tiba di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai, termasuk anggota polis.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – 16 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Casino a practical source of charity funds, no threat to faith, Tawfik Ismail tells Johor MB

Son of Tun Dr Ismail Abdul Rahman cites work of Noah Foundation using profits from Genting

Zus Coffee in hot water over ‘one-off activity’ with under-boycott Adidas

Coffee chain company issues apology and says it was not a collaboration, vowing to be more careful and asserting it 'unequivocally condemns any acts of violence against humanity'

Related