HEADLINES

Suspek lepaskan tembakan di KLIA disyaki mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand

Ia susulan penemuan sejumlah wang tunai dalam mata wang riyal yang dirampas bersama suspek

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pagi kelmarin, disyaki mahu melarikan diri ke Makkah, Arab Saudi melalui negara jiran, Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, kemungkinan itu berdasarkan rampasan daripada suspek, Hafizul Harawi, 38, yang membabitkan sejumlah wang tunai dalam mata wang riyal dan baht.

“Selain wang tunai, polis turut merampas sepucuk pistol bersama 33 butir peluru, mercun bola, enam telefon bimbit dan pasport,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Shuhaily berkata, suspek tiba di Kelantan pada petang Ahad lalu dan mendaftar di sebuah hotel menggunakan identiti orang lain sehingga menyukarkan pihak berkuasa mengesan keberadaannya.

Terdahulu, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit dalam kejadian pada jam 1.30 pagi Ahad lalu.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi yang kini dirawat di Hospital Cyberjaya.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Kota Bharu, Kelantan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan pada jam 3 petang semalam.

Penahanan suspek disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – 16 April, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related