HEADLINES

Kes tembakan di KLIA: Isteri pengawal peribadi mohon doa, suami jalani pembedahan hari ini

Muhammad Nur Hadith akan menjalani pembedahan di bahagian usus kecil dan pemeriksaan organ lain

1:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengawal peribadi yang terkena tembakan dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin, Muhammad Nur Hadith Zaini, 38, kini sedang menjalani prosedur pembedahan di Hospital Cyberjaya.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, ketika dihubungi Scoop dan Muhammad Nur Hadith dimasukkan ke dewan bedah kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Siti Noraida, suaminya akan menjalani pembedahan di bahagian usus kecil dan pemeriksaan organ lain susulan kecederaan perut dialaminya akibat insiden tembakan tersebut.

“Suami baru dibawa masuk ke dewan bedah. Pembedahan di bahagian usus dan semua dalam perut.

“Sebelum ini (pembedahan) untuk menghentikan pendarahan sahaja dan untuk bagi dia stabil. Ini (hari ini) baru dilakukan pembedahan.

“Saya berharap pembedahan suami berjalan lancar dan semua dapat membantu mendoakan kesembuhan buat suami,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata berusia tiga bulan hingga 13 tahun itu berkata, anak-anaknya mengetahui keadaan bapa mereka dan akan melawat sebaik sahaja pembedahan selesai dijalankan.

“Setakat ini anak belum melawat ayah mereka dan saya tunggu selepas pembedahan selesai baru bawa mereka melawat,” katanya.

Sebelum ini, Scoop melaporkan seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek, Hafizul Harawi, 38, dalam kejadian pada jam 1.30 pagi Ahad lalu.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena Muhammad Nur Hadith. – 16 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related