HEADLINES

Pihak enggan sertai boikot entiti Israel tidak perlu diganggu secara fizikal: BDS

Ini susulan tular hantaran di media sosial yang memaparkan gambar pelanggan di sebuah restoran makanan segera seperti anjing dan babi yang dilihat sebagai keterlaluan.

4:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pergerakan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia menegaskan mana-mana pihak yang enggan menyertai usaha memboikot entiti didakwa ada kaitan dengan Israel, tidak perlu diganggu secara fizikal.

Ini susulan tular hantaran di media sosial yang memaparkan gambar pelanggan di sebuah restoran makanan segera seperti anjing dan babi yang dilihat sebagai keterlaluan.

Pengerusi BDS Malaysia, Prof. Mohd Nazari Ismail berkata, tindakan sedemikian perlu dielakkan kerana ia bukan cara berhikmah dan bijaksana.

“Jika kita hendak meyakinkan orang dengan hujah kita, kita kena lakukan secara berhikmah atau bijaksana. Ini juga adalah nasihat yang ada dalam al-Quran iaitu berhikmah dalam dakwah.

“Jadi kata-kata kesat dan menghina mestilah dielakkan sebab itu bukan cara yang hikmah atau bijaksana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, sepatutnya pihak terlibat perlu menerangkan dengan baik kenapa restoran itu menjadi tumpuan usaha gerakan boikot antarabangsa.

Malah beliau berpandangan bahawa tindakan provokasi dan mengugut pelanggan di restoran itu seperti berlaku di Kuantan, Pahang baru-baru ini, akan memberi persepsi negatif kepada kempen memboikot yang merupakan usaha murni membantu rakyat Palestin khususnya di Gaza.

“Di Malaysia, kita ada undang-undang yang jelas yang kita kena patuh dalam menangani apa-apa perkara. Bahkan dalam aspek menyekat kemungkaran pun kita kena patuh undang-undang negara kita.

“Sebagai contoh, kalau kita nampak orang Islam masuk kedai judi, kita tak boleh pukul dia. Cuma boleh nasihat sahaja. Sama juga dengan isu boikot syarikat yang terlibat dengan Israel. Bagi orang yang tak mahu boikot, kita boleh nasihat mereka,” katanya.

Beliau menambah, taktik boikot yang sebenar dan harus dipraktikkan ialah memberi penerangan yang terperinci berkenaan apa yang sedang berlaku di Palestin dan kenapa seluruh dunia kena memberi bantuan kepada rakyat Palestin.

“Inilah cara yang sangat berkesan untuk melemahkan ekonomi negara haram Israel. Apabila semua syarikat perniagaan di dunia tidak mahu terbabit dengan Israel, sudah tentu ekonomi Israel akan hancur.

“Di samping itu kita juga akan berikan senarai syarikat-syarikat yang menjadi sasaran atau tumpuan usaha boikot kami serta penerangan kenapakah syarikat tersebut dipilih sebagai tumpuan,” katanya. – 16 April, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Related