◉ HEADLINES

Banjir: Air Sungai Binjai di Meru masih melebihi tahap bahaya

Sungai Binjai mencatatkan bacaan aras air 4.66 meter (m), melebihi tahap bahaya ditetapkan, iaitu 4.2 meter (m)

2:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Paras air di Sungai Binjai di Meru, Klang, Selangor yang merekodkan bacaan melebihi tahap bahaya sejak awal pagi tadi, masih kekal pada angka terbabit setakat jam 2 petang ini.

Menurut laman sesawang Public Infobanjir, Sungai Binjai mencatatkan bacaan aras air 4.66 meter (m), melebihi tahap bahaya ditetapkan, iaitu 4.2 meter (m).

Sungai Linggi, Linggi, Port Dickson yang merekodkan paras air 3.33m, melebihi tahap bahaya, iaitu 3.3m pada pagi tadi, menunjukkan penurunan pada 2 petang ini ke tahap amaran.

Sementara itu, Sungai Kapar Kechil di Kampung Perepat, Kapar; Sungai Buloh di Sri Aman, Kuala Selangor, Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor dan Sungai Klang di Kampung Delek, Klang di Selangor masih melebihi tahap amaran setakat 2 petang ini.

Turut menunjukkan paras melebihi amaran adalah Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau.

Hujan lebat sejak semakin menyaksikan situasi banjir yang semakin memburuk di Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor setakat pagi ini.

Ratusan mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri berkenaan, sehingga jam 8 pagi tadi. – 17 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

PN tak sekat, tapis pemimpin datang ceramah di PRK DUN Mahkota: Tuan Ibrahim

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tiada keperluan untuk membuat tapisan kerana masyarakat boleh menilai setiap hujah dan isu yang akan dibangkitkan oleh Perikatan Nasional

Isu kibar bendera China: Hentikan keluar kenyataan berbaur hasutan, 3R, tegas Fahmi

Menteri Komunikasi berkata ia bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan

◉ Related