◉ HEADLINES

Sanusi perjelas kapsyen ‘Dok Pahang’, ‘isteri saya masih seorang, itu ja ada’

Kapsyen tersebut sebenarnya ditulis dalam loghat Terengganu

7:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan kapsyen ‘Dok Pahang’ yang ditulisnya di Facebook beberapa hari lalu berkait saranan berkahwin pada bulan Syawal membawa maksud tidak faham.

Menteri Besar Kedah itu berkata, kapsyen tersebut sebenarnya ditulis dalam loghat Terengganu yang juga negeri kelahiran isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh, sekali gus menafikan dakwaan beliau berkahwin lagi satu dengan seorang wanita berasal dari Pahang.

Malah, Sanusi dalam nada berseloroh berkata, beliau juga kesuntukan masa untuk berkahwin pada bulan Syawal berdasarkan saranan daripada hadis yang dihuraikan oleh Imam Nawawi.

“Kan sudah jadi polemik (pasal kahwin itu). Tengok dua patah perkataan sahaja (saya tulis), ‘Dok Pahang’ sebenarnya ‘Dok Pahang’ itu (maksudnya) tidak faham, pasal (huraian hadis) itu (dalam) bahasa Arab, (jadi saya) ‘Dok Pahang’.

“Saya (juga) balik kampung (isteri) yang (merupakan) orang Terengganu. ‘Dok Pahang’ (saya tulis kapsyen) depa (mereka) kata duduk (tinggal) di Pahang. Bila (masa) saya pi (pergi) Pahang, saya tidak pergi Pahang pun,” katanya.

Sanusi berkata demikian ketika ditemui media semasa sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Alor Setar, hari ini.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, beliau hanya memiliki seorang isteri ketika ini.

“Masih seorang. Seorang ja (isteri), yang itu ja ada. Saya tak ada motif tertentu, sempena Hari Raya antara program yang diadakan ialah kenduri kahwin. Jadi selain berjalan-jalan (ziarah), pergilah kenduri. Biasa sahaja.

“Ada hadis Imam Nawawi huraikan, sebaik-baik pilih tarikh untuk berkahwin pada bulan Syawal. Saya ingat saya tak sempat lah sebab nak habis dah Syawal,” katanya.

Dalam laporan terdahulu Scoop, beliau menafikan sudah berpoligami seperti yang sedang ditularkan pihak tertentu menerusi media sosial ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, beliau belum berhasrat berbuat demikian, namun tidak menolak kemungkinan itu sekiranya ada jodoh dengan mana-mana wanita.

“Belum lagi (berkahwin baharu). Mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya? Orang Sik, orang Alor Setar ka,” katanya berseloroh. – 18 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related