HEADLINES

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon atas nama Kerajaan Perpaduan, bukan parti: Zambry

Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata calon berkenaan sedang dikenal pasti

9:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Kuala Kubu Baharu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu nanti akan mewakili Kerajaan Perpaduan dan bukan atas nama parti dalam gabungan itu.

Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata calon berkenaan sedang dikenal pasti.

”Calon itu daripada Kerajaan Perpaduan, bukan calon dianggap atas nama parti … kita akan memperkenalkan calon itu (sebagai) calon Kerajaan Perpaduan.

“Sesiapa pun yang masuk gelanggang tentunya dengan hasrat untuk menang. Jadi, kita akan susun gerak kerja, dan program-program yang baik untuk meyakinkan rakyat, membawa misi politik yang baik iaitu ‘politik kesederhanaan’ daripada kerajaan MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran program rintis Artificial Intelligence Sandbox 2024 antara Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan NVIDIA di Taman MRANTI, Bukit Jalil di sini hari ini.

Selain itu, Zambry berkata pihaknya juga telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya itu untuk melihat keadaan semasa Kuala Kubu Baharu dengan mengambil kira aspek jumlah pengundi, kedudukan lokaliti dan taburan penduduk.

“Paling mustahak adalah untuk kita membawa mesej kerajaan ini iaitu membawa ‘politik kesederhanaan’. Itu ialah moto kita yang paling mustahak,” katanya.

Semalam, Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, telah memutuskan Zambry dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim diberi tanggungjawab bersama menjadi Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Kuala Kubu Baharu.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon. – 18 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related