◉ HEADLINES

Letusan Gunung Ruang: AirAsia sambung semula penerbangan ke Sabah, Sarawak malam ini

Laluan antarabangsa seperti Singapura-Kuching, Hong Kong-Kota Kinabalu, Taipei-Kota Kinabalu dan Shenzen-Kota Kinabalu turut akan disambung semula

9:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 39 penerbangan AirAsia bagi laluan ke Sabah dan Sarawak disambung semula malam ini selepas dibatalkan hari ini susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia.

AsiaAsia memaklumkan penerbangan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada jam 7.05 malam ini membabitkan laluan Kuala Lumpur-Bintulu, kemudian disusuli laluan Kuala Lumpur-Sibu (7.15 malam).

Katanya, antara destinasi yang turut disambung semula penerbangan membabitkan laluan Kuala Lumpur- Kuching, Kuching-Kuala Lumpur dan Bintulu-Kuala Lumpur.

Beberapa laluan antarabangsa seperti Singapura-Kuching, Hong Kong-Kota Kinabalu, Taipei-Kota Kinabalu dan Shenzen-Kota Kinabalu turut akan disambung semula.

“AirAsia telah memaklumkan semua tetamu yang terjejas. Tetamu yang melancong ke atau dari destinasi yang terlibat digalakkan untuk menyemak e-mel dan telefon bimbit berdaftar mereka untuk pemberitahuan pembatalan.

“Tetamu AirAsia yang melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang terjejas amat digalakkan untuk menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Awal hari ini, ribuan penumpang dilaporkan terkandas di KLIA Terminal 2 bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia.

Tinjauan Scoop mendapati, penumpang terjejas masih tidak berganjak dan berkumpul di ruang pelepasan bagi mendapatkan perkembangan terkini susulan pembatalan penerbangan itu.

Terdahulu, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan ke atau dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak hari ini berikutan letusan gunung berapi itu.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa yang sedang berlaku dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini. – 18 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Isu kibar bendera China: Hentikan keluar kenyataan berbaur hasutan, 3R, tegas Fahmi

Menteri Komunikasi berkata ia bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan

◉ Related