HEADLINES

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN diumum Khamis ini

Kelayakan akademik, penglibatan dalam badan bukan kerajaan, selain orang tempatan antara kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan calon

3:56 PM MYT

 

KUALA KUBU BHARU – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan diumumkan pada 25 April (Khamis) ini, kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada mesyuarat (Majlis Tertinggi Pimpinan PN) esok, kita akan bincang calon mana yang paling sesuai atas dasar boleh menang. Kita ada banyak calon tetapi apa pun mana-mana parti yang ada cadangan nak kemukakan nama calon (lain) kita terima.

“Kita akan nilai siapa calon yang akan dinamakan daripada segi kelayakan akademik dan penglibatan dalam badan bukan kerajaan. Sebaiknya calon yang dikemukakan ialah dari kawasan Hulu Selangor dan tempatan, kerana sentimen orang tempatan perlu diambil kira,” katanya dalam sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu di sini hari ini.

Pada pilihan raya negeri tahun lalu, mendiang Lee Kee Hiong daripada DAP berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu mengalahkan Teoh Kien Hong (Gerakan), Siva Prakash Ramasamy (Muda), dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 4,119 undi.

Kerusi itu kosong selepas Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan berlangsung pada 11 Mei, manakala hari penamaan calon pada 27 April. – 21 April, 2024

Topics

 

Hangat

MRT Corp CEO not renewed

After two extensions Datuk Mohd Zarif Hashim leaves metro rail firm

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

Related