HEADLINES

PDRM minta individu dilontar makian ‘sebab bodohlah kau kerja tol’ buat laporan polis

Laporan itu bagi membolehkan polis mengambil tindakan lanjut

9:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Aku hari-hari lempang muka orang tau, menyusahkan oranglah kau ni, sebab kau bodoh lah kau kerja tol, buka, buka (palang), kalau kau pandai kau tak kerja tol lah.”

Itu kata-kata biadap dilontarkan pemandu sebuah kereta kepada seorang jurutol dalam kejadian di Tol Segambut, di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) baru-baru ini, sehingga membangkitkan kemarahan netizen.

Rata-rata mereka menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai sangat melampau dan kurang ajar.

Lebih menyakitkan hati apabila lelaki itu memaki hamun jurutol berkenaan walaupun dia sendiri kekurangan baki dalam kad tambah nilai (Touch n’ Go), menyebabkannya tidak boleh melepasi palang tol.

Menerusi perkongsian tular mengenai kejadian terbabit di platform X, seorang individu yang mengakui abang kepada jurutol berkenaan berang dengan tindakan pemandu itu mengeluarkan kata-kata kasar, termasuk menghina diri dan pekerjaan adiknya.

“Ni full story (cerita penuh) adik aku. Kau nak marah sebab sistem tol. Aku okay je. Tapi kau merendahkan pekerjaan orang, aku panas lah dengar,” kata individu terbabit.

Menurutnya, menerusi cerita adiknya yang dirakam melalui audio, nilai TnG milik pemandu itu kurang menyebabkannya tidak dapat melepasi tol, sebelum lelaki terbabit mahu membayar menggunakan tunai.

Dia berkata, adiknya menolak permintaan pemandu itu kerana pembayaran hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kad debit atau TnG.

“Dia nak bagi cash (tunai). Dia kata kad bank rosak, aku okeylah, masa nak ambil cash tu, dia maki aku.

“Aku tak jawab. Dia cakap kau buat kerja apa, makan gaji buta. Dia cakap aku bodohlah…bila keluarkan telefon nak rakam, barulah dia slow sikit,” cerita jurutol itu.

Namun, jurutol itu tidak membalas makian pemandu terbabit dan menjawab dengan profesional kerana ia adalah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak syarikat.

Jurutol itu sempat merakamkan video yang memaparkan sebahagian kata-kata makian pemandu terbabit dan foto wajahnya.

Menerusi ruangan komen, netizen berpandangan lelaki itu sememangnya biadap kerana menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri, tetapi juga menghina pekerjaan seseorang.

“Sabar ya dik, betullah money can’t buy class (wang tidak boleh beli standard)…” kata @amxstrive.

“Cantiknya bahasa kau bang, biadap betul,” menurut netizen.

“Aku kerja tol selalu dah kena begini, baik sangat adik abang ni, kalau aku dah angkat palang aku set semula jatuhkan palang atas kereta dia balik biar puas hati aku tau…” tulis seorang pengguna geram.

“Orang pandai tak hina orang,” ujar @KudduLangge58161.

“Jijik lah kau main hina pekerjaan orang ni, mati masuk kubur tuhan tak tanya pun kau kerja apa, jangan angkuh sangat,” kata seorang individu.

“Habis tu orang pandai pula memang hari-hari suka lempang orang ke? Tak ada otak punya orang,” soal @muhd_zd.

“Respek lah brader tol handle (kendali) dengan tenang, kalau ikutkan baran aku ni memang bertumbuk dah aku rasa…” kata individu lain.

Sementara itu, kejadian terbabit mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila pihak berkuasa berkenaan meminta mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil berhubung kes terbabit.

“Salam sejahtera, mangsa diminta untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membuat laporan agar tindakan selanjutnya dapat diambil, terima kasih,” katanya. – 23 April, 2024

Topics

 

Hangat

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related