◉ HEADLINES

Nahas Lumut: Amirulfaris seorang yang baik, sangat ambil berat kebajikan ibu bapa, kata bapa saudara

Raya tahun ini tak sempat berjumpa sebab arwah bertugas di Sabah

10:19 PM MYT

 

IPOH – Bapa saudara kepada salah seorang mangsa tragedi nahas helikopter di Lumut memaklumkan kali terakhir bertemu dengan Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 34, adalah pada tahun lepas.

Menurut Md Akhir Jamaludin, 55, pertemuan tersebut berlaku pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu namun mereka tidak sempat bertemu tahun ini kerana Allahyarham bertugas di Sabah.

“Kali terakhir saya jumpa dia pada tahun lalu. Raya tahun ini tak sempat berjumpa sebab arwah bertugas di Sabah,’’ katanya ketika ditemui media di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Md Akhir memberitahu anak saudaranya itu seorang yang mengambil berat akan kebajikan ibu bapanya.

“Allahyarham memang seorang yang peramah dengan saudara-mara.

“Malah sebagai anak sulung, dia memang sangat menjaga kebajikan ibu bapanya.

“Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalunya pergi dulu,’’ katanya.

Amirulfaris meninggalkan seorang balu dan dua anak berusia tujuh dan dua tahun.

Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Senawang, Negeri Sembilan.

Amirulfaris yang berpangkalan di Kota Kinabalu merupakan antara 10 mangsa nahas helikopter di Lumut, pagi tadi. – 23 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related