HEADLINES

Kita tak boleh gam artis bermasalah tapi syor mereka jalani rehabilitasi: Fahmi

Tindakan 'gam secara meluas' bukan lagi kaedah sesuai kerana selain melibatkan pihak swasta, perkembangan hari ini menawarkan banyak saluran lain serta media sosial

4:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak berhasrat untuk mengambil tindakan dengan menggantung atau ‘gam’ artis bermasalah dan mencetuskan kontroversi daripada muncul dalam program televisyen (TV).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sebaliknya antara penyelesaian terbaik dicadangkan terhadap artis terbabit ialah meminta mereka menjalani program rehabilitasi atau pemulihan.

“Saya sudah cakap dengan Ketua Pengarah Penyiaran (Datuk Suhaimi Sulaiman)… realitinya artis sekarang berbeza dengan era 80-an. Waktu itu ada beberapa saluran sahaja, kalau ditutup itu, mereka tidak dapat masuk ruang berkenaan.

“Hari ini jauh berbeza. Ada akaun media sosial dan banyak saluran… kita tidak boleh blanket banned (gam secara meluas) sebab membabitkan swasta dan lain-lain.

“Apa yang ketua pengarah cadangkan adalah sekiranya mana-mana artis mempunyai isu, kita lakukan contoh teladan yang baik dengan memulihkan mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini, hari ini.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir Menteri KPKT, Nga Kor Ming.

Fahmi berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan warganet di media sosial yang mahu kerajaan mengharamkan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies keluar di saluran televisyen selepas terpalit dengan kontroversi apabila didakwa menjalin hubungan cinta.

Pada masa sama, Fahmi berkata, pertemuan mungkin boleh dibuat sama ada dengan pengurus artis atau produser program dalam memastikan artis bermasalah terbabit dapat menjalani rehabilitasi.

“Kaedah rehabilitasi ini turut dilaksanakan di negara luar membabitkan artis bermasalah.

“Kita nampak cara lebih baik adalah rehabilitasi, dan kita harap artis itu mengakui kekhilafan, kekurangan serta berusaha menjadi diri lebih baik.

“Ini cara yang sedang dipertimbangkan, namun saya serahkan kepada ketua pengarah penyiaran untuk melakukannya,” katanya. – 25 April, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related