◉ HEADLINES

Dua simpang masuk ke Lebuhraya GCE di Elmina ditutup 3 bulan

Penutupan dilakukan dalam usaha untuk menambah baik aliran lalu lintas di kawasan berkenaan

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua simpang masuk ke Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) di Elmina ditutup selama tiga bulan bermula 27 April hingga 26 Julai depan dalam usaha untuk menambah baik aliran lalu lintas di kawasan berkenaan.

Prolintas Expressway Sdn Bhd (PESB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu melibatkan simpang masuk dari Elmina (Timur) menuju ke arah Rawang dan simpang masuk dari Elmina (Barat) menuju ke arah Shah Alam.

“Susulan penutupan itu, pengguna diminta membuat pusingan U di bulatan yang terletak di kedua-dua arah untuk mengakses susur masuk ke arah Rawang atau Shah Alam.

“Sekiranya langkah ini dilihat berjaya mengatasi isu kesesakan yang berlaku di lokasi, pihak pengendali lebuh raya bercadang untuk membuat penutupan kekal simpang berkenaan,” menurut kenyataan itu.

PESB berkata, penutupan itu telah dibincangkan dan dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa tempatan, pembangunan hartanah dan persatuan penduduk.

“Hasil perbincangan mendapati bahawa pengguna yang menggunakan simpang terbabit telah mengganggu aliran lalu lintas dan menyebabkan kesesakan trafik teruk terutama pada waktu puncak,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1800-22-8888 atau e-mel kepada [email protected]. – 25 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related