Bungkusan disangka bahan letupan rupanya komputer riba

Tulisan 'AWAS JANGAN CAMPAK NANTI MELETUP INI BOOM' menyebabkan Unit Pemusnah Bom PDRM mengambil tindakan menyelamat mengikut SOP ditetapkan

8:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan satu bungkusan yang pada mulanya disangka berisi bahan letupan diterima di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) rupa-rupanya adalah komputer riba dan pengecas bateri.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shariat mengesahkan kandungan dalam bungkusan berkenaan susulan siasatan dibuat selepas satu laporan polis mengenainya diterima.

Beliau berkata, bungkusan tersebut dialamatkan kepada seseorang di Limbang, Sarawak.

“Laporan diterima Balai Polis Aeropolis KLIA pada jam 1.30 tengah hari oleh pengadu yang mengendalikan mesin pengimbas di Pusat Kargo KLIA. Sebuah bungkusan yang semasa diimbas dipercayai ada bateri dan beberapa wayar.

“Semakan petugas juga mendapati terdapat tulisan bertulis ‘AWAS JANGAN CAMPAK NANTI MELETUP INI BOOM’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan pengesanan menggunakan anjing pengesan K9 mendapati bungkusan tersebut tidak mengandungi bahan letupan.

“Oleh kerana ada ayat ancaman pada bungkusan itu Unit Pemusnah Bom PDRM telah mengambil tindakan menyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu menggunakan Whell Barrow Mk 8 Plus Il dan satu butir Cartridges L2 A1.

“Polis melaksanakan tembakan menggunakan “pigstick” yang dipasang pada robotic. Pigstick tersebut diisi dengan air dan hasilnya tiada sebarang letupan berlaku..

“Setelah prosedur tembakan dilakukan, didapati bungkusan tersebut mengandungi sebuah laptop dan cable charger (kabel pengecas). Pihak penghantar turut mengesahkan barangan tersebut adalah sebuah laptop (komputer riba),” katanya.

Beliau berkata, begitu pun siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan masih dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – 25 April, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related