◉ HEADLINES

Liwat tiga pelajar tahfiz: Ustaz berusia 39 tahun ditahan polis

Kejadian berlaku sejak dua tahun lepas. Kesemua mangsa telah diminta untuk melakukan perbuatan liwat oleh ustaz di pusat tahfiz

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di Machang, Kelantan ditahan selepas disyaki meliwat tiga pelajar lelaki di pusat tersebut sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, ustaz berusia 39 tahun itu ditahan susulan laporan diterima pada Isnin lalu berkaitan kejadian liwat melibatkan tiga pelajar berusia 12 hingga 13 tahun itu.

“Kejadian berlaku sejak dua tahun lepas. Kesemua mangsa telah diminta untuk melakukan perbuatan liwat oleh ustaz di pusat tahfiz.

“Suspek seorang ustaz berusia 39 tahun telah ditangkap bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shafiki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Katanya, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari pada 16 April lalu dan lanjutan reman selama tujuh hari lagi sehingga 29 April ini.

“Polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes ini selesai dijalankan,” katanya. – 26 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related