HEADLINES

Tiada pemimpin PAS iring calon PN? Parti ada sambutan raya di Perlis: Tuan Ibrahim

PRK Dun Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), PN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas

8:28 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – PAS menegaskan tidak timbul isu parti itu ‘memboikot’ calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu berikutan ketiadaan kepimpinan tertinggi yang hadir pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, pagi tadi.

Bercakap kepada Scoop, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan ketiadaan pemimpin PAS adalah kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pusat yang diadakan di Perlis.

“Hari ini PAS Pusat mengadakan sambutan Hari Raya di Perlis jadi kebanyakan pemimpin ada di sana.

“Apa pun parti sudah mengarahkan jentera Selangor untuk mengiringi calon hari ini, jadi tak timbul isu,” katanya.

PRK Dun Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), PN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas.

Antara pemimpin yang hadir mengiringi calon PN, Khairul Azhari Saut pada proses penaman calon termasuklah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin;Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), SP Punithan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, PAS sudah mengerahkan seluruh jentera parti di negeri-negeri untuk turun membantu calon PN.

“Jabatan Pilihanraya telahpun menurunkan jadual bertugas, jadi semua jentera akan turun sebagai satu pasukan,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei. – 27 April, 2024

Topics

 

Hangat

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related