PRK KKB: Calon PN ada ‘strategi’ tawan hati pengundi Cina

Pengundi Melayu meningkat daripada 32.7% (2013) kepada 49.3% pada pilihan raya negeri 2023, manakala pengundi Cina menyusut daripada 42.7% kepada 30.6%

9:00 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Calon Perikatan Nasional (PN) mengakui, meraih kepercayaan kaum Cina untuk mengundinya menjadi antara cabaran utama dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Khairul Azhari Saut, 54, bagaimanapun optimis dengan peluangnya menerusi strategi ‘menawan’ hati pengundi Cina biarpun pada pilihan raya negeri lalu hampir keseluruhan komposisi kaum Cina di kawasan itu mengundi calon DAP.

Beliau menjangkakan isu ekonomi dan kos sara hidup tinggi dihadapi rakyat turut mempengaruhi pengundi kalangan masyarakat Cina pada PRK itu.

“Ya saya menyedari sukar untuk calon selain daripada DAP mahu mendapatkan undi yang banyak daripada pengundi Cina di sini, dan itu dapat dilihat dalam keputusan pilihan raya terdahulu.

“Namun, PN ada kaedah dan strategi untuk meraih sokongan pengundi Cina di Kuala Kubu Baharu.

“Nak dedahkan lebih tidak bolehlah, tapi antara pendekatan yang akan diguna adalah memastikan tidak ada yang tercicir daripada menerima bantuan disediakan kerajaan,” katanya selepas sesi walkabout di Bandar Utama, Batang Kali dekat sini.

Khairul Azhari (kiri) optimis mampu ‘menawan’ hati pengundi Cina biarpun pada pilihan raya negeri lalu hampir keseluruhan komposisi kaum Cina di kawasan itu mengundi calon DAP. – Alif Omar/Scoop, 27 April, 2024

Beliau berkata, langkah itu juga mengambil contoh pendekatan PN ketika menjadi kerajaan sebelum ini yang mana tidak ada istilah ‘terlepas pandang’ yang mana bantuan diberikan kepada semua rakyat sama ada Melayu, Cina mahu pun India.

“Jadi itu salah satu pendekatan yang boleh kita gunakan, sebab sebelum ini PN sememangnya sebuah kerajaan yang prihatin untuk semua rakyat tanpa mengira kaum,” katanya.

Ditanya mengenai manifesto, pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu berkata, beliau akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

“Dalam tempoh berkempen ini kita akan buat yang sepatutnya termasuk penawaran manifesto, kita akan pastikan ada ‘kejutan’ akan ditawarkan kepada penduduk di sini,” katanya.

Jika melihat kepada keputusan pilihan raya terdahulu, calon DAP, Pang Sock Tao dijangka mampu memikat pengundi Cina berbanding calon PN. – Halim Salleh/Scoop, 27 April, 2024

Berdasarkan demografi, DUN itu merupakan kerusi campuran dengan pengundi Cina pada asalnya membentuk bahagian terbesar, tetapi komposisi ini telah berubah sejak beberapa dekad.

Pengundi Melayu telah meningkat daripada 32.7% semasa pilihan raya umum (PRU) 2013 kepada 49.3% pada pilihan raya negeri (PRN) 2023, manakala pengundi Cina menyusut daripada 42.7% kepada 30.6%.

Baki 17.9% adalah pengundi India, dan 2.1% adalah pengundi dari etnik lain.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas dengan Khairul Azhari mewakili PN.

PH meletakkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao manakala PRM diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin bertanding atas tiket Bebas. – 28 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

US embassy refutes claims of new sanctions on Malaysian companies  

Washington has not listed Putrajaya as ‘state sponsor of terror’, it clarifies

[OFFICIAL] PH’s Pang wins Kuala Kubu Baharu with more than 3,000-vote majority

PH retains the state seat, denying PN a sweep of state seats under the Hulu Selangor parliamentary constituency

Related