Raja Permaisuri Agong berkenan lawat balu mangsa nahas helikopter TLDM

Suasana pilu menyelubungi kediaman berkenaan ketika kunjungan baginda bertemu balu allahyarham, Siti Aisyah Mohd Roslan dan dua anak lelaki mangsa yang masih kecil

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tragedi helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas yang mengorbankan 10 kru hampir seminggu lalu, mengundang kesedihan ramai, terutama keluarga mangsa.

Nahas itu turut menyentuh hati Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang berkenan mencemar duli untuk melawat keluarga seorang daripada mangsa nahas terbabit, Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris di Taman Senawang Perdana, Negeri Sembilan hari ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Suasana pilu menyelubungi kediaman berkenaan ketika kunjungan Raja Permaisuri Agong bertemu balu allahyarham, Siti Aisyah Mohd Roslan dan dua anak lelaki mangsa, masing-masing berumur tujuh serta dua tahun.

Raja Zarith Sofiah meluangkan masa bertanya khabar balu, kedua ibu bapa dan dua adik allahyarham.

Baginda turut mengurniakan sumbangan peribadi kepada Siti Aisyah.

Ketika pertemuan itu, Raja Zarith Sofiah meluangkan masa bertanya khabar balu, kedua ibu bapa dan dua adik allahyarham – Gambar Facebook Sultan Ibrahim, 28 April, 2024

Hadir sama mengiringi kunjungan itu, adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; isteri Menteri Pertahanan, Datin Seri Rosni Omar dan isteri Timbalan Menteri Pertahanan, Dalilah Awaludin.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan, Khamis lalu.

Dalam insiden jam 9.32 pagi Selasa lalu, dua helikopter, HOM (M503-3) dan Fennec bertembung di udara, sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.

Nahas itu mengakibatkan semua mangsa, iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita meninggal dunia.

Tujuh daripada mereka berada dalam helikopter HOM yang dikenal pasti Komander Muhammad Firdaus Ramli, iaitu Pegawai Memerintah Skuadron 503, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin (kru), Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi (kru), Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun (kru), Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (penumpang), Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar (penumpang) dan Laskar Kanan JJM Joanna Felicia anak Rohna (penumpang).

Manakala, tiga kru di dalam Fennec dikenali sebagai Komander Muhamad Amir Mohamad (Pegawai Memerintah Skuadron 502), Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Semua jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari sama insiden untuk menjalani proses post-mortem.

Lapan daripada 10 jenazah dibawa ke Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai di Tambun untuk solat jenazah di Surau Salahuddin Al Ayubi.

Selesai semua urusan, semua 10 jenazah dihantar ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan. – 28 April, 2024

Topics

Hangat

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Stormy afternoon leads to another fallen tree in KL, this time on Jalan Pinang

Road is temporarily closed with circulating photos showing the tree smashing into a vehicle as it was raining heavily

Mufti slams calls for ‘overboard’ boycott of non-Muslim businesses after ‘Allah’-printed socks debacle

Calls for non-Muslim businesses to be boycotted in the aftermath of the fiasco surrounding convenience store chain KK Mart’s sale of socks printed with the word “Allah” is “overboard and against Islamic teachings”. 

Related