Didakwa sudah sertai Bersatu, kedudukan Mohamad Ali dalam Umno diputuskan minggu depan

Jika terbukti dia sudah menjadi ahli Bersatu, maka keahliannya dalam Umno akan tergugur berdasarkan Perlembagaan parti Fasal 20

9:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kedudukan bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang didakwa sudah mengemukakan borang menyertai Bersatu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) minggu depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas aduan rasmi diterima daripada Umno Bahagian Tangga Batu baru-baru ini.

Menurut beliau, menerusi aduan berkenaan, Umno Bahagian Tangga Batu turut mengemukakan beberapa bukti Mohamad Ali sudah menjadi ahli Bersatu.

“Kita akan bincang pada mesyuarat MKT minggu depan.

“Jika terbukti dia sudah menjadi ahli Bersatu, maka keahliannya (dalam Umno) akan tergugur berdasarkan Perlembagaan parti Fasal 20 iaitu mana-mana ahli parti yang menjadi ahli berdaftar bagi politik lain, maka keahliannya gugur selepas disahkan oleh MKT,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Berkelompok Tahunan Cawangan Umno Bahagian Tangga Batu di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka, semalam.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, kedudukan Mohamad Ali dalam parti itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi minggu depan. – Azim Rahman/Scoop, 29 April, 2024

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka merangkap Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin.

Terdahulu, media melaporkan bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Tan Sri Rahim Tamby Chik mengesahkan Mohamad Ali sudah mendaftar menjadi ahli parti itu pada 12 April lalu.

Rahim berkata, Mohamad Ali yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Tangga Batu didakwa merancang untuk membuka lebih 20 cawangan parti pembangkang itu di Tangga Batu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Pada pemilihan Umno bahagian 18 Mac tahun lalu, Mohamad Ali, tewas dengan majoriti empat undi apabila memperoleh 278 undi, manakala Rais mendapat 282 undi dalam pertandingan dua penjuru itu.

Ahmad Zahid kemudiannya mengesahkan keabsahan kemenangan Rais selepas ada laporan menyebut kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput itu sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu pada pemilihan terbabit dibatalkan Jawatankuasa Bantahan Pemilihan Umno Malaysia 2023. – 29 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Stormy afternoon leads to another fallen tree in KL, this time on Jalan Pinang

Road is temporarily closed with circulating photos showing the tree smashing into a vehicle as it was raining heavily

Related