HEADLINES

‘Kenapa sekolah vernakular jadi isu, ADUN PAS pun ada belajar di SJKC’

Semalam, Sock Tao berkongsi latar belakang pendidikannya bagi menyahut cabaran Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari

11:30 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Tindakan PAS berterusan menyerang latar belakang pendidikan calon DAP menunjukkan parti itu sehingga hari ini tidak dapat menerima kewujudan sekolah vernakular di Malaysia.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching berkata, parti Islam itu dinasihatkan supaya mengamalkan politik matang dengan menumpukan perkara lebih penting pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB).

“PAS sendiri pun ada Ahli Parlimen mereka yang mengaku di Dewan Rakyat bahawa beliau hantar anak pergi SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina).

“PAS juga ada ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang belajar di SJKC. Jadi saya tak tahu kenapa ini boleh jadi satu isu. Ini hanya menunjukkan bahawa sampai hari ini PAS tak boleh terima sekolah vernakular.

“PAS tak boleh menerima pilihan hak ibu bapa. Jadi saya rasa adakah pengundi Kuala Kubu Baharu nak menyokong seorang calon yang datang dari Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada media selepas walkabout sekitar Pekan KKB bersama calon PH, Pang Sock Tao di sini, hari ini.

Semalam, Sock Tao berkongsi latar belakang pendidikannya bagi menyahut cabaran dilontarkan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

Calon itu menerusi Facebooknya memuat naik keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masing-masing diambil di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) On Pong, Ampang Hulu Langat, Selangor dan Sekolah Menengah Chung Hua, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Susulan itu Ahmad Fadhli secara sinis mengingatkan pengundi di KKB bahawa calon terbabit adalah produk sekolah vernakular.

Ditanya sama ada PH mudah ‘melenting’ dengan kenyataan pemimpin PN, Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata, itu kenyataan tidak matang kerana PN juga ‘koyak’ apabila calon mereka dipersoal.

“Apabila ada orang yang serang kenyataan mereka, mereka rasa orang lain cepat emosi. Tetapi ini dunia zaman internet, ini adalah mentaliti atau cara netizen kita.

“Bukan dia (PAS) sahaja, kalau saya buat apa-apa kesilapan atau saya salah cakap, kritikan juga banyak.

“Jadi saya rasa tak perlulah label orang lain seperti itu, macamlah orang yang serang mereka atau kritik mereka, orang itu salah,” katanya. – 30 April, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Related