Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bukti kerajaan bela kebajikan kakitangan: Saifuddin

Kerajaan pimpinan Anwar tetap memberi penekanan terhadap aspek kebajikan golongan itu, walaupun berdepan situasi getir meningkatkan pendapatan negara

2:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula 1 Disember, adalah terjemahan kepada kerja keras Kerajaan Madani dalam memastikan kebajikan golongan pekerja itu diberikan keutamaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan tetap memberi penekanan terhadap aspek kebajikan golongan itu, walaupun berdepan situasi getir meningkatkan pendapatan negara dan menanggung beban hutang begitu tinggi.

“Ini akan menjadi kenaikan paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara, berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.

“Ini turut melibatkan penetapan semula bagi pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini, berbanding RM1,795 sekarang,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri berhubung perkara itu juga, menjawab persoalan sering diajukan penjawat awam kepadanya sejak seminggu lalu.

“Datuk Seri, apa hint (petunjuk) PMX nak umum Hari Pekerja ni? Ini antara soalan paling kerap ditanya kepada saya dalam tempoh seminggu ini.

“Alhamdulillah, hari ini kita semua mendengar sendiri pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim terkait kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024,” katanya.

Saifuddin berkata, beliau mengharapkan majikan di sektor swasta turut mengambil langkah sama, dengan menaikkan gaji pekerja masing-masing.

“Ini bagi memastikan kebajikan pekerja sektor swasta turut sama terbela.

“Tahniah golongan pekerja, khususnya penjawat awam, ini adalah penghargaan kepada penat lelah anda bersama-sama membina negara Malaysia yang tercinta,” katanya.

Terdahulu, Anwar ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 di Putrajaya hari ini, mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi lebih 13 peratus bermula Disember depan.

Khabar gembira itu menyaksikan ia menjadi kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Menurutnya, dengan pengumuman itu, pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetap, mesti melebihi RM2,000 sebulan.

Kenaikan gaji penjawat awam itu membabitkan peruntukan melebihi RM10 bilion. – 1 Mei, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related