HEADLINES

Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan: PM

Keputusan untuk menaikkan gaji penjawat awam adalah satu ganjaran yang adil dan sebagai usaha meningkatkan lagi kefahaman tugas serta disiplin mereka

8:01 AM MYT

 

KANGAR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan.

Menteri Kewangan itu berkata peningkatan gaji penjawat awam, dijangka membabitkan kos lebih RM10 bilion mulai tahun depan, boleh ditampung dengan pengurusan kewangan yang lebih tegas.

“Kenaikan gaji itu boleh dilaksana kerana kita boleh kawal pengurusan kewangan… saya yakin ada barakah, ada nikmat kalau kita betul-betul strict dan rigid dalam hal ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Program Perkampungan Sunnah Siri ke-9 di sini semalam. 

Beliau berkata keputusan untuk menaikkan gaji penjawat awam adalah satu ganjaran yang adil dan sebagai usaha meningkatkan lagi kefahaman tugas serta disiplin mereka.

“Tingkatkan kefahaman, kerja bersungguh-sungguh, disiplin polis, disiplin tentera… jadi saya bertanggungjawab untuk pastikan ini boleh (dilaksanakan),” katanya.

Perdana Menteri juga berkata pimpinan negara Islam perlu terus berani menegur dan menyatakan pandangan dalam isu kekejaman terhadap rakyat Palestin ketika ini.

“Perkembangan mutakhir di Gaza yang pernah saya ungkapkan sebelum ini ialah kelesuan suara pimpinan negara-negara Islam, hilang upaya dan kekuatan untuk menyatakan sikap keras dan tegas bagi menghentikan kekejaman penjajahan manusia ke atas manusia.

“Oleh yang demikian, kerakusan (rejim) Zionis Israel (akan) berterusan dengan dukungan beberapa negara Barat khususnya Amerika Syarikat.

“Saya tidak mewakili negara besar, saya mewakili negara sederhana dengan kekuatan ekonomi yang sederhana tetapi saya tidak boleh lihat kelesuan ini dan mengizinkannya,” kata beliau. – 4 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related