HEADLINES

Boikot KK Mart: Pandangan Mufti Perak diteliti, ambil kira semua sudut sebelum keputusan dibuat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bagaimanapun menghormati pandangan tersebut kerana berpendapat setiap individu mempunyai pandangan berbeza

1:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sudah diarah untuk meneliti pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang meminta umat Islam supaya menghentikan tindakan boikot terhadap kedai serbaneka, KK Mart.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pandangan tersebut akan diteliti dari semua sudut sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

Bagaimanapun, beliau menghormati pandangan tersebut kerana berpendapat setiap individu mempunyai pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.

“Saya tekankan di sini sebagai manusia biasalah ada pandangan berbeza. Saya ingat pandangan dikemukakan Mufti Perak itu kita akan teliti dari sudut saya sebagai Menteri Agama.

“Semalam, saya ada sebut kepada pihak IKIM untuk meneliti pandangan tersebut dan tengok dari semua sudut. Of course (sudah tentu) isu berkaitan boikot adalah pilihan individu…ada pandangan berbeza.

“Jadi saya menghormati pandangan Mufti Perak dan Insya- Allah kita akan teliti. Dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan ambil pendekatan untuk melihat pandangan tersebut secara umum, kemudian kita akan buat keputusan selepas daripada itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Semalam, Wan Zahidi menggesa umat Islam di negara ini agar menghentikan tindakan memboikot kedai serbaneka KK Mart kerana ia tersasar jauh daripada landasan keadilan Islam.

Beliau berkata, prinsip keadilan sejagat mempunyai kedudukan suci dalam Islam bahawa keadilan wajib ditegakkan terhadap semua kaum, sama ada disukai atau tidak.

Menurutnya, mengikut kaedah kehakiman Islam, satu daripada rukun penting dalam perlakuan jenayah ialah niat dan keinginan melakukannya atau alqasdul jinael, tetapi elemen itu tidak boleh dibuktikan melalui pembuktian langsung, sebaliknya dengan pengakuan atau melalui kaedah pembuktian qarainul ahwal, iaitu bukti keadaan.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, pandangan Wan Zahidi itu mungkin melihat kesan disebabkan tindakan boikot terbabit.

“Saya ingat pandangan yang diberikan, melihat kepada kesan boikot. Boikot kepada KK Mart, boikot kepada KFC dan lain-lain itu sudah nampak kesannya dan siapa yang terkena kesan daripada boikot itu,” katanya. – 4 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Related