HEADLINES

MCMC tambah baik kemudahan internet Kampung Orang Asli Kerling

Pengaktifan menara itu kelak akan memberi manfaat kepada lebih 250 masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan

4:21 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil inisiatif menjalankan pembuktian konsep (POC) Starlink sebagai alternatif kepada gentian optik bagi sambungan teras ke menara Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Kampung Orang Asli Kerling, Selangor.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan menyebut, menerusi POC berkenaan, menara tersebut akan diaktifkan bermula Rabu ini (8 Mei) dengan menawarkan perkhidmatan daripada tiga syarikat telekomunikasi utama iaitu CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

“Perkhidmatan telekomunikasi ini akan memudahkan urusan harian penduduk bagi tujuan komunikasi, pendidikan dan lain-lain,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan langkah itu diambil susulan terdapat keperluan kepada perkhidmatan telekomunikasi di perkampungan tersebut.

Kenyataan itu menyebut, menara berkenaan telah siap pada tahun lepas dan kini dalam proses sambungan rangkaian gentian optik ke menara sebelum boleh diaktifkan dijangka pada suku pertama tahun depan.

Menurut MCMC pengaktifan menara itu kelak akan memberi manfaat kepada lebih 250 masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.

Kenyataan itu juga menyebut MCMC telah membuat tinjauan ke menara berkenaan diketuai Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC, Bukhari Yahya bagi melihat kemajuan pelaksanaan di menara itu, semalam. – 4 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related