HEADLINES

Suami jadi bidan isteri, sambut bayi dalam kereta

Ketika berada dalam lif dari tingkat 28 menuju ke parkir kereta di tingkat lima, kepala bayi hampir terkeluar, namun Amira Jeffri bertahan sebelum melahirkan anak di dalam kereta

7:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri melalui detik-detik yang tidak akan dilupakan seumur hidup apabila bayi mereka dilahirkan dalam kereta sebelum sempat tiba di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Bayi perempuan yang merupakan anak kedua kepada pasangan Amira Jeffri dan Muhamad Fauzi Azmi itu dilahirkan awal pagi semalam.

Ketika dihubungi Scoop, adik Amira dikenali sebagai Asyiqin berkata, kakaknya mula mengalami sakit untuk bersalin pada jam 4.30 pagi.

“Kakak saya terjaga dari tidur kerana berasa sakit dan mengejutkan suaminya. Semasa berjalan menuju ke lif rumah mereka, tiba-tiba air ketubannya pecah.

“Semasa kakak berjalan perlahan-lahan memasuki lif, kepala bayi hampir terkeluar namun dia sempat bertahan sementara lif dari tingkat 28 itu menuju ke parkir kereta yang terletak di tingkat lima,’’ katanya.

Menurut Asyiqin, abang iparnya sempat menyambut bayi berkenaan ketika dalam kereta dan kemudian memandu kenderaan ke hospital.

“Ketika keluar dari lif dan memasuki kereta, bayi tersebut sudah terkeluar sepenuhnya dan sempat disambut oleh suaminya ketika dalam kereta.

“Jarak ke hospital hanya tujuh minit dengan menaiki kereta dan mereka terus menuju ke unit kecemasan.

“Petugas hospital terkejut ketika membuka kereta dan terus memotong tali pusat bayi di dalam kenderaan itu juga,’’ katanya.

Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak yang kini berusia lima tahun.

Amira turut berkongsi detik cemas itu di akaun X dan hantarannya itu mendapat perhatian ramai.

Ada netizen yang turut berkongsi detik cemas ketika melahirkan anak mereka. Tidak kurang pula menzahirkan kesyukuran kerana ibu dan anak selamat. – 4 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related