HEADLINES

Gadis dirogol bapa kandung 8 tahun hingga lahirkan dua anak, suami isteri dicekup

Lebih menyedihkan, mangsa mengadu perbuatan jijik bapanya kepada ibu, namun tidak diendah

10:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penderitaan seorang gadis yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak lapan tahun lalu sehingga melahirkan dua anak, berakhir apabila lelaki durjana itu dicekup polis, kelmarin.

Malah, ibu kandung mangsa turut ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson kerana tidak mengendahkan aduan mangsa berhubung tindakan sumbang mahram berkenaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang gadis berumur 20 tahun pada kira-kira jam 11.11 malam, 1 Mei lalu yang mendakwa dijadikan pemuas nafsu dan dirogol bapa kandungnya.

“Hasil siasatan awal mendapati perbuatan itu berlaku sejak 2016 ketika pengadu berusia 12 lahun, hingga kejadian terbaru pada tahun ini.

“Semua kejadian berlaku di dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson,” katanya menerusi kenyataan.

Lebih menyedih dan mengecewakan, beliau berkata, kejadian itu pernah diceritakan kepada ibu pengadu, namun tidak diendahkan wanita terbabit walaupun mangsa melahirkan dua anak.

“Tangkapan dibuat ke atas lelaki dan wanita tempatan itu pada 3 Mei 2024 kira-kira jam 11.40 malam.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah narkotik,” katanya.

Aidi Sham berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Seremban dan dibenarkan direman lima hari bermula semalam hingga 8 Mei ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B kerana sumbang mahram yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, selain dikenakan sebatan,” katanya. – 5 April, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related