Veteran Umno, Mat Taib gesa pengundi Melayu pastikan wakil Cina di Kuala Kubu Baharu

Dari dulu iaitu ketika era Chan Keong Hon, Choo Yong Fatt dan Wong Ah Taih, KKB merupakan kerusi bagi komuniti Cina

4:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) merupakan kerusi tradisi bagi wakil rakyat berketurunan Cina dan ia perlu dikekalkan bagi mewujudkan keseimbangan pentadbiran negeri khususnya Selangor yang kini ‘dikuasai’ Pakatan Harapan (PH).

Demikian tegas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang mahu pengundi Melayu mengundi calon Kerajaan Perpaduan dari DAP, Pang Sock Tao dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB pada 11 Mei ini.

Bercakap kepada Scoop, beliau berkata, dari dulu iaitu ketika era Chan Keong Hon, Choo Yong Fatt dan Wong Ah Taih, KKB merupakan kerusi bagi komuniti Cina.

“Umno (dahulu) ada di (DUN) Batang Kali dan Hulu Bernam, (kerusi) Melayu dan Parlimen (Hulu Selangor) bagi kepada Cina, MCA.

“Jadi orang Melayu Hulu Selangor dah tahu, mengundi di KKB memang mengundi calon Cina. Tak pernah ada calon Melayu. Jadi saya nak menyeru kepada orang Melayu di KKB, terus sokong parti yang ada dalam kerajaan ketika ini kerana kita nak satu kerajaan yang kukuh untuk mentadbir.

“Kalau apa yang dah biasa dilakukan oleh pengundi-pengundi Melayu di situ, apa masalah mereka nak tukar kepada calon Melayu? Apa faedahnya? Penetapan sudah dibuat sejak dahulu, memang kawasan itu (KKB) kawasan Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Kompleks Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Beliau turut mengemukakan contoh di Parlimen Sungai Siput di Perak yang telah ditetapkan untuk calon India khususnya MIC ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Tapi itu (Parlimen Sungai Siput) pengundi Melayu ramai, tapi orang Melayu pada masa itu bersetuju mengundi MIC. Jadi stabil negara ini, negara ini jadi stabil kerana negara ini dipimpin pelbagai kaum menerusi parti-parti yang ada dalam komponen dulu iaitu Umno, MCA, MIC.

“Dan sekarang komponen sekaranglah, Umno, MCA, MIC, PKR, DAP, Amanah. Jadi kita mesti meneruskan kerjasama yang telah dilakukan berpuluh tahun yang berjaya ini.

“Kita sangat berjaya dengan kombinasi kumpulan parti politik ini dan kita kena teruskan untuk memajukan negara,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas dengan Khairul Azhari Saut mewakili Perikatan Nasional (PN).

PH meletakkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sock Tao manakala PRM diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin bertanding atas tiket Bebas. – 5 Mei, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related