HEADLINES

PN umum manifesto di KKB lewat kerana tidak mahu janji ‘ke laut’

Khairul Azhari Saut akan mengumumkan manifestonya pada jam 5 petang ini dan acara pelancaran itu turut dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin

2:19 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Perikatan Nasional (PN) memilih mengumumkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu lewat, berbanding calon lain kerana ingin memastikan janji ditawarkan gabungan berkenaan menepati sasaran dan tidak ‘ke laut.’

Bercakap kepada Scoop, calon PN, Khairul Azhari Saut, 54, berkata, sebenarnya tidak timbul isu PN lewat mengumumkan manifesto itu, memandangkan ia strategi beliau untuk mendekati penduduk setempat terlebih dahulu.

“Saya rasa tiada isu cepat atau lambat (mengumumkan manifesto), rasanya ini yang terbaik bagi PN.

“Ia (umum lambat) salah satu strategi supaya manifesto kita (PN) tidak ke laut dan menepati sasaran (sebab boleh dekati penduduk bertanyakan apa mereka mahukan),” katanya ketika ditemui hari ini.

Ketika ditanya mengenai ‘hint’ (bayangan) perkara terkandung dalam manifesto itu, Khairul enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta semua pihak menunggu sehingga ia diumumkan untuk memberikan elemen kejutan kepada pengundi.

“Ia (manifesto) mesti ada elemen surprise (kejutan), tunggulah petang ini,” katanya.

Khairul akan mengumumkan manifestonya pada jam 5 petang ini dan acara pelancaran itu turut dihadiri Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sepanjang dua minggu berkempen, Khairul berkata, beliau sudah mendekati 70% pengundi di kawasan Kuala Kubu Baharu.

Ditanya potensinya untuk menang, beliau yakin mampu meraih kejayaan di kerusi berkenaan berdasarkan respons positif diterima daripada masyarakat.

PRK Kuala Kubu Baharu yang akan diadakan pada 11 Mei ini, menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara Khairul; calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao; calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon bebas, Nyau Ke Xin. – 6 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

Related