PRK KKB: Pengundi bukan Melayu diminta waspada ayat manis pemimpin PAS isu sekolah vernakular

Kenyataan terbaru Ahmad Fadhli bahawa PAS tidak menolak aliran vernakular bertentangan hakikat sebenar, apabila pemimpinnya didakwa berulang kali gigih mendesak ia dimansuhkan

7:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengundi bukan Melayu di Kuala Kubu Baharu diminta berwaspada dengan kata-kata manis pemimpin PAS yang mahu menjaga kepentingan komuniti itu, tetapi ia semata-mata untuk meraih undi mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan, Sabtu ini.

Ahli Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, peringatan terbabit susulan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang menafikan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu menolak sekolah vernakular.

Menurutnya, apa dikatakan Ahmad Fadhli menjelang PRK Kuala Kubu Baharu itu mengejutkan, apabila beliau memaklumkan bagi parti berkenaan sekolah vernakular tidak ada isu.

“Beliau kata PAS tidak pernah menentang, bahkan menyatakan sekolah vernakular boleh wujud tetapi dengan beberapa pembaharuan,” katanya menerusi Facebook.

Rosli Allani berkata, hakikatnya pada 22 Jun 2019, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS, Salamiah Md Nor yang membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota menyebut “PAS mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini, memandangkan dasarnya ia tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

“Saya (Salamiah) selaku wakil kepada Dewan Muslimat PAS menyeru dan mengharapkan kerajaan PH mengambil tindakan serta memberhentikan pendidikan vernakular.

“Kita melihat sistem ini tidak mendekatkan kepada jurang persefahaman antara kaum,” katanya merujuk kepada kenyataan pernah dikeluarkan Salamiah.

Beliau berkata, apa diperkatakan Salamiah itu pula disokong Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar pada 26 Jun 2019 menerusi kenyataan rasmi di Facebook, dengan menyatakan ‘Badan Perhubungan PAS Pahang menyokong penuh kenyataan dan cadangan Ustazah Salamiah Mohd Nor’.

Bukan setakat itu, Rosli Allani menegaskan, Ahmad Fadhli mungkin ‘buat-buat lupa’ bahawa beberapa pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden serta Timbalan Presiden pqrti berkenaan, selain beliau sendiri hadir dalam Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019.

Ketika di kongres itu, katanya, mereka melafazkan ‘Sumpah Anak Watan’ secara beramai-ramai dengan satu daripada sumpah terbabit adalah untuk menjulang sistem pendidikan tunggal selari resolusi Kluster Pendidikan dibentangkan wakil sebuah universiti yang menuntut sekolah vernakular dimansuhkan.

“Malah, beliau juga membentangkan dalam Kongres Maruah Melayu ini resolusi Kluster Agama yang antara lain menuntut ‘Jawatan utama kepemimpinan negara dan negeri, iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri serta kementerian penting, seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, selain pihak berkuasa negeri hendaklah diterajui orang Melayu beragama Islam serta beraliran ahli Sunnah wal-Jama’ah’.

“Begitu juga jawatan penting lain seperti Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan lain-lain jawatan strategik hendaklah digalas Muslim beraliran ahli Sunnah wal-Jama’ah,” katanya.

Pada masa sama, Rosli Allani berkata, sebagai Ketua Penerangan PAS yang lidah rasminya Harakah di bawah pengurusan pemimpin itu, beliau ingin mengingatkan Ahmad Fadhli mengenai artikel pada 12 September 2020 dengan tajuk “Mansuhkan pelaksanaan sistem sekolah vernakular, seperti dipetik daripada ucapan Pengarah Ameerah Negeri Melaka, Hazirah Isa.

“Artikel ini mengatakan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan sistem sekolah vernakular yang tidak memupuk perpaduan.

“Ia juga melaporkan, hanya sekolah satu aliran dapat mendidik dan memupuk integrasi nasional dalam kalangan generasi seterusnya yang bakal mewarisi negara ini.

“Laporan artikel itu juga menyatakan DMPM seharusnya konsisten dalam mempertahankan pendirian terhadap isu ini. Kita tidak mahu apabila terlibat kesepakatan PN, kita dilihat tunduk kepada isu ini,” katanya.

Maka saya beranggapan usaha beliau melalui kenyataan ini hanyalah untuk menarik undi masyarakt Cina dan India, khususnya ketika kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

Susulan kenyataan Ahmad Fadhli itu yang ternyata tidak berlandaskan hakikat sebenar, Rosli Allani berpendapat ternyata kempen dilakukan pihak berkenaan gagal dan memakan diri.

Ujarnya, jauh sekali beliau menggelar Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sebagai pembohong, namun janganlah sehingga disebut, ‘Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Jadi Ahmad Fadhli’.

“Sebagai individu pernah dekat dengan bekas Menteri Besar Kelantan dan mantan Musyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau seharusnya lebih cermat serta seiring dengan lunaknya pendekatan pemimpin dikenali Tok Guru itu yang pernah membenarkan cucundanya bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Peir Chih di Kota Bharu.

“Kebetulan anak saya satu darjah dan berkawan baik di sana. Dengan pengalaman saya sendiri selama 11 tahun di sekolah vernakular, saya tidak melihat apapun yang dianggap kelemahan dicanangkan itu.

“Saya yakin pelbagai usaha dibuat kerajaan sendiri, dalam menumpukan kepada perpaduan kebangsaan dan kualiti pendidikan kebangsaan secara adil serta saksama,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Fadhli dilaporkan berkata, parti itu tidak pernah menentang kewujudan sekolah vernakular di negara ini.

Sebaliknya, katanya, PAS hanya meminta beberapa pembaharuan dibuat terhadap sekolah aliran berkenaan. – 6 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

Related