HEADLINES

PRK KKB: Khairul, Sock Tao puas hati perjalanan proses undi awal

Hanya dua jam selepas pusat mengundi dibuka, 50% pengundi di Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka

10:48 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Dua calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu berpuas hati dengan proses pengundian awal pagi ini.

Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut bertembung di Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu untuk meninjau proses undi awal berkenaan.

Sock Tao tiba pada jam 9.09 pagi, manakala Khairul Azhari beberapa minit kemudian.

Khairul Azhari yang ditemui media berkata, beliau amat berpuashati dengan perjalanan pengundian awal hari ini.

“Keadaan cuaca amat baik dan kita dimaklumkan, kehadiran pengundi agak memberangsangkan, hampir 50% di maktab ini sudah keluar mengundi.

“Alhamdulillah saya rasa puas hati dan itu yang sepatutnya berlaku. Kita tahu polis disiplin mereka amat tinggi, tidak ada masalah,” katanya di Maktab PDRM, pagi ini.

Pegawai dan anggota polis menjalankan tanggungjawab mengundi awal di Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor hari ini. – Azim Rahman/Scoop, 7 Mei, 2024

Bagi Sock Tao pula, beliau berterima kasih kepada semua anggota keselamatan yang memastikan perjalanan undian awal hari ini berjalan lancar.

“Keadaan proses undi awal pagi ini berjalan lancar dan teratur.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota penjawat awam dan mereka yang terlibat dalam proses undian pagi ini,” katanya.

Proses pengundian berlangsung di dua pusat mengundi awal, iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri dan Dewan Serbaguna Maktab PDRM yang mengandungi tiga tempat mengundi atau saluran awal.

Kedua-dua pusat mengundi awal dibuka mulai 8 pagi sebelum ditutup pada 5 petang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di sebelah pagi pada hari pengundian, manakala ribut petir pada sebelah petang.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Sock Tao, Khairul Azhari, Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). – 7 Mei, 2024.

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related