◉ HEADLINES

Warga emas hampir ditimpa pokok besar ketika beriadah di Taman Botani Pulau Pinang

Mangsa yang dikenali sebagai Li, sedang beriadah di taman berkenaan apabila tiba-tiba mendengar bunyi dahan pokok patah

12:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rutin harian beriadah dan berjoging setiap pagi di Taman Botani Pulau Pinang, bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka bagi seorang warga emas dikenali sebagai, Li, apabila dia nyaris ditimpa sebatang pokok besar, pagi tadi.

Ketika kejadian pada 8 pagi itu, Li yang berusia 81 tahun, sedang berjoging di taman berkenaan apabila tiba-tiba dia mendengar bunyi dahan pokok patah.

“Saya kemudian melarikan diri dan tidak lama kemudian pokok besar itu tumbang di belakang saya,’’ katanya seperti yang dilaporkan oleh media berbahasa Cina, Kwongwah.

Beberapa laporan pokok tumbang dilaporkan sejak semalam dengan kejadian paling menyayat hati berlaku ke atas seorang lelaki apabila kenderaan yang dipandunya dihempap sebatang pokok di Jalan Sultan Ismail, di Kuala Lumpur, semalam.

Mangsa yang terkorban adalah pemandu sebuah kenderaan berusia 47 tahun. Kejadian itu berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat.

Pagi tadi pula, sebatang pokok juga dilaporkan tumbang di ibu kota, iaitu di Jalan Raja Chulan, mengakibatkan kesesakan teruk menuju ke ibu kota.

Mengulas lanjut, Li berkata, dahan pokok itu sangat besar dan dia bernasib baik kerana dapat mengelak, jika tidak sudah tentu mengalami kecederaan yang parah.

Disebabkan ia berlaku secara tiba-tiba, Li terjatuh ketika melarikan diri menyebabkan dia mengalami kecederaan di dahi, muka, tangan dan kaki.

Li yang juga seorang pesara memaklumkan dia akan beriadah dan berjoging di Taman Botani itu setiap Isnin hingga jumaat, sekitar jam 7 pagi.

Menurutnya, ketika kejadian cuaca baik dan tiada hujan atau angin kuat yang melanda kawasan Taman Botani tersebut.

Sementara itu, seorang lagi warga emas, Chen, 60, berkata dia mendengar bunyi dahan patah dan nampak seorang lelaki warga emas sedang duduk dengan dipenuhi darah.

Pekerja di taman itu, katanya menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Dalam pada itu, kawasan sekitar Taman Botani Pulau Pinang akan ditutup bagi kerja-kerja pembersihan. Ia akan hanya dibuka selepas kawasan itu selamat kepada orang ramai.

“Ia dijangka dibuka semula pada petang ini atau pagi esok,’’ katanya. – 8 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related