NUTP rayu keputusan SPM 2023 dikeluarkan 23 Mei

NUTP membuat rayuan itu kerana kebanyakan guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini

7:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kepada Kementerian Pendidikan (KPM) supaya mengeluarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon berkata, ini kerana guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini.

“Jika mengikut kenyataan media KPM, keputusan akan dikeluarkan pada 27 Mei. Kebanyakan guru sudah berada di kampung halaman masing-masing.

“Malah ada juga guru sudah merancang percutian bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya, NUTP amat berharap pihak KPM dapat membuat pertimbangan semula agar keputusan SPM dapat diumumkan sebelum cuti persekolahan bermula.

Terdahulu KPM menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan SPM 2023 bakal diumumkan pada 27 Mei ini.

Menurutnya, calon yang menduduki peperiksaan itu di sekolah, boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” katanya.

KPM juga berkata, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi pada 27 Mei sehingga jam 6 petang 2 Jun 2024.

“Calon juga boleh mendapatkan keputusan secara sistem pesanan ringkas (SMS). Untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 27 Mei sehingga jam 6 petang pada 2 Jun 2024,” katanya.

Seramai 395,870 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara. – 9 Mei, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related