Amanat Hadi: Pengundi Melayu elak berpecah ‘jangan jadi lesung dan alu bertumbuk’

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut menegaskan kegagalan untuk melaksana tanggungjawab berkenaan bermakna memberi kuasa politik kepada parti yang memenangi pilihan raya

8:35 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegur sikap segelintir orang Islam yang memandang remeh kewajipan mengundi sehingga ke tahap tidak mengambil tahu siapa yang memerintah.

Menurutnya, politik adalah wajib dalam Islam dan memilih pemimpin juga wajib justeru mereka perlu mengelakkan perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri yang hanya merugikan sekali gus mengakibatkan kehilangan kuasa politik.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut menegaskan kegagalan untuk melaksana tanggungjawab berkenaan bermakna memberi kuasa politik kepada parti yang memenangi pilihan raya.

Hadir sama Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Hamzah Zainuddin; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah PRK Kuala Kubu Baharu PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 10 Mei, 2024

“Jangan buat mudah (berfikir) kalau tak keluar mengundi tidak apa… jangan. Mengundi bermakna memberi kuasa politik pada siapa yang menang pilihan raya.

“Kalau kita tak keluar mengundi, calon yang ‘merosakkan’ akan menang, akhirnya terimalah akibatnya, bahaya dan kemungkarannya di masa akan datang.

“Sebab itu saya menyeru supaya penduduk Kuala Kubu Baharu ini mengambil contoh yang berlaku di Kemaman, Perlis, Kelantan termasuk Melaka, di Perak, (untuk) membuat perubahan (pada PRK).

“Tidak ada guna kita orang Islam berpecah, bukan kita nak berperang, (tapi) kuatkan kekuatan Islam, kita orang Islam jangan berlaga (bergaduh), jangan jadi lesung dan alu bertumbuk, yang kenyangnya ayam. Kita lawan sesama sendiri, kuasa politik jadi hak orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanatnya ketika berucap pada Ceramah Perdana PN sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) di Bandar Utama, Batang Kali di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Hamzah Zainuddin; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah PRK Kuala Kubu Baharu PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tambahnya, pengundi juga wajib menolak calon dari parti yang dasar dan ideologinya secara terang-terangan bercanggah dengan Islam.

Sebahagian penyokong kuat PN dilihat bersemangat ketika menghadiri Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) di Bandar Utama Batang Kali, malam tadi. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 10 Mei, 2024

“Islam adalah agama Persekutuan, dia (DAP) berusaha nak samakan Islam di Malaysia ini dengan agama lain, bukan agama negara lagi (hanya) nak hapuskan kuasa Islam, ini perjuangan DAP.

“(Jadi) undi yang (hendak) diberi Sabtu ini (melihat) kepada, apa jasa dan perjuangan parti, bukan kepada orang (calon) itu sahaja.

“Bila parti itu terang-terangan bercanggah dengan Islam, bercanggah dengan kuasa politik kita, maka orang Islam wajib tolak parti yang macam ini.

“Kita mesti pilih calon yang jelas parti dia, bukan calon yang tidak ada parti (atau) calon yang partinya macam ‘sarang labah-labah’, yang tidak ada kekuatan, ini satu tanggungjawab yang sangat besar,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

PRK ini berkomposisi 40,226 pengundi berdaftar, iaitu pengundi Melayu sebanyak 46.4%, Cina (30.7%) dan India (18%).

Bukan sahaja ia menjadikan jumlah pengundi Melayu dan Cina hampir seimbang, bahkan pengundi India dilihat boleh menjadi penentu keputusan PRK Kuala Kubu Baharu. – 10 Mei, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related