HEADLINES

Motosikal terbakar di blok asrama: UniMAP kaji bantuan untuk pelajar terkesan

Awal pagi tadi, 36 motosikal musnah terbakar, manakala 10 mengalami kerosakan kecil akibat kebakaran di parkir Kolej Kediaman Universiti Malaysia Perlis, Arau

6:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan membantu mahasiswanya yang terkesan dengan insiden kebakaran di parkir blok asrama di Pauh Putra, Arau, Perlis pada awal pagi tadi.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Zaliman Sauli berkata, bantuan segera akan diberikan meliputi aspek kewangan dan lain-lain dan bagi tujuan itu pihak universiti sedang mengumpul maklumat pelajar yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Selain itu, arahan pengosongan bangunan melibatkan blok A dan B  dijalankan mulai hari ini sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan bagi tujuan siasatan bomba dan polis.

“Semua pelajar yang terjejas dan memerlukan penginapan telah diuruskan perpindahan sementara ke kolej-kolej yang dikenalpasti bermula jam 5.00 petang ini dan dijangka selesai pada pukul 7.00 malam.

“Blok A dan B yang terjejas akan dikosongkan sepenuhnya bermula petang ini dan akan diserahkan kepada Jabatan Keselamatan UniMAP. Semua urusan keluar atau masuk perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Keselamatan mulai hari ini hingga ke tarikh yang akan ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, sumber UniMAP memaklumkan kepada Scoop, pihak pengurusan akan mengadakan perbincangan bagi mengkaji jenis bantuan untuk meringankan beban mangsa.

“Insya-Allah, kami (UniMAP) akan melalui proses perbincangan terlebih dahulu sebab kita tidak tahu lagi apa punca (menyebabkan kebakaran).

“Tapi dari pihak UniMAP, walau apa pun punca, kami akan cuba membantu meringankan beban pelajar. Kami tidak boleh cakap lagi sumbangan bagaimana akan diberikan, tetapi sedaya upaya membantu pelajar terkesan.

“Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan bomba,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan 36 motosikal musnah terbakar, manakala 10 mengalami kerosakan kecil akibat kebakaran di parkir Blok B, Kompleks Perumahan (Kolej Kediaman) pada jam 4.41 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Zaidi Ma’at berkata, operasi memadam kebakaran tamat 5.52 pagi, dengan membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau. – 11 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related