HEADLINES

Calon PH, Pang Sock Tao menang di Kuala Kubu Baharu

PH mengekalkan kerusi DUN, menafikan hasrat PN untuk menyapu bersih kerusi DUN di bawah kawasan parlimen Hulu Selangor

8:25 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuala Kubu Baharu (KKB) untuk menewaskan tiga calon lain, termasuk dari Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut.

PH berjaya mempertahankan DUN KKB dengan majoriti 3,869 undi selepas Sock Tao yang juga bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperoleh 14,000 undi.

Sock Tao menewaskan pencabarnya Khairul Azhari yang meraih 10,131 undi; calon Bebas, Nyau Ke Xin (188) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin dengan 152 undi.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki antara yang terawal mengucapkan tahniah kepada Sock Tao.

“Tahniah Pakatan Harapan mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia memenangi Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu dengan majoriti besar 3,869,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sehingga jam 8.24 malam, sebanyak 24,475 undi atau 61% dikira dengan PH memperoleh 14,000 undi dalam keputusan tidak rasmi, manakala PN mendapat 10,135 undi.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Sock Tao, Khairul Azhari, Hafizah dan dan Ke Xin susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Sebanyak 17 pusat pengundian ditutup tepat jam 6 petang dengan seramai 39,362 pengundi melaksanakan tanggungjawab hari ini.

Pengundian awal diadakan pada 7 Mei lalu. – 11 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia tightens social media rules with eKYC: Fahmi

MCMC set to enforce minimum age of 16 for new accounts; enforcement date to be announced soon

Selangor 80% ready for Sukma 2026, key venues must be ready by April: Najwan

The Selangor youth, sports and entrepreneurship committee chairman says the state is targeting full readiness by April

SPA targets 30,000 civil service appointments in 2026

Chairman Ahmad Jailani says new target exceeds last year’s 25,000, ensuring continuity in public service delivery

Related