◉ HEADLINES

Ditipu ‘Mr Eric 001’: Duit ejen insurans RM41,964.62 lesap, kempunan Toyota Estima

Semalam, kira-kira jam 11.47 pagi, mangsa mendapat pesanan ugutan suara daripada seorang lelaki melalui WhatsApp yang memberitahu mahu mengancam keselamatan keluarganya

11:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang ejen insurans bukan sahaja kempunan untuk mendapatkan kereta idaman, Toyota Estima, malah wang simpanannya sebanyak RM41,964.62 lesap gara-gara terpedaya dengan urusan tipu belian kereta dalam talian yang diiklankan di aplikasi Facebook.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian bermula pada 25 April lalu ketika mangsa yang berusia 42 tahun telah berurusan melalui WhatsApp oleh ‘jurujual’ bernama ‘Mr Eric 001’ dari Syarikat Asia Auto Fo Private Company untuk pembelian kenderaan itu di Bahau, Negeri Sembilan.

Katanya, mangsa telah bersetuju untuk membeli kereta jenis Toyota Estima pada harga RM62,500.

“Pada 2 sehingga 8 Mei lalu, mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM41,964.62 melalui 16 transaksi ke lapan akaun berlainan secara dalam talian.

“Sekitar 9 Mei lalu, ‘Mr Lim’ pula dari Syarikat Asia Auto Fo Private Company meminta mangsa untuk membuat bayaran fi peguam sebanyak RM6,000 tetapi dia tidak bersetuju untuk membayar jumlah tersebut.

“Sehingga kini ‘Mr Lim’ memaksa mangsa untuk membuat pembayaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, semalam, kira-kira jam 11.47 pagi, mangsa mendapat pesanan ugutan suara daripada seorang lelaki melalui WhatsApp yang memberitahu mahu mengancam keselamatan keluarganya.

“Suspek turut mengugut mahu menularkan maklumat mangsa dan isteri dalam aplikasi Facebook. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana tertipu dan mengalami kerugian serta bimbang keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – 12 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related