HEADLINES

Pemuda koyak dagu, gara-gara terlanggar benang dipasang di laluan motosikal

Menurut Muas Rosdi, penunggang motosikal lain bernasib baik kerana benang tersebut terputus selepas ditariknya

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda mengalami koyakan di bahagian dagu selepas motosikal ditunggangnya terlanggar benang yang dipasang di laluan motosikal di Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), petang semalam.

Pengalaman ngeri dikongsi Muas Rosdi di platform X menjadi tular dan mengundang simpati netizen.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika dia melalui susur keluar Taman Kosas, Ampang menghala ke Plaza Tol Bukit Teratai di lebuhraya terbabit, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

“Untuk yang bertanya, macam mana benang tu boleh ada tengah-tengah highway, aku tak tahu. Tiba-tiba zass kena dagu.

“Nasib baik aku sempat tarik benang guna jari, jadi jari ada terluka sikit,” katanya.

“Seram juga bila ingat balik kejadian tu. (Nasib dagu) Tak ada jahit.

“Aku seorang yang kena dan benang tu putus lepas aku tarik guna jari. Koyak sikit jari ni,” katanya.

Rata-rata netizen menyarankannya supaya membuat laporan polis berhubung insiden itu demi keselamatan penunggang motosikal lain.

“Ada balik kes ini? Buat laporan polis bro. Celaka betul,” kata @Sauffie84.

“Ya Allah, sakit tu. Bro buat report (laporan). Semoga dipermudahkan urusan,” kata @Fitti_Nizam.

“Apa motif orang lintangkan benang kat situ eh. Memang suka-suka nak bunuh orang ke?” soal @fendimaru.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal turut mendakwa mengalami nasib sama seperti Muas tetapi kejadian berlaku di lokasi berbeza.

“Aku kena kat MRR2 (Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2) sebelum masuk DUKE (Lebuhraya Duta-Ulu Kelang) dan menghala ke KL East. Koyak mat leher,” kata @akidfd.

Dalam pada itu, netizen turut menggesa pihak konsesi lebuh raya terbabit agar membuat rondaan secara kerap bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Membahayakan nyawa. Kalau kena leher mahu putus dua. Allahuakhbar. Pihak terbabit perlu bertanggungjawab dan sentiasa memantau keadaan laluan SUKE, sama ada laluan kereta atau motosikal,” kata YOEPCD.

“Mohon LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia), Prolintas (Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd) dan konsesi lebuhraya terbabit jangan kedekut sangat nak labur CCTV (kamera litar tertutup) banyak khususnya laluan motor dan lebuhraya yang sunyi sepi macam SUKE ini,” katanya.

Kecederaan menimpa Muas turut mendapat perhatian SUKE yang memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. – 14 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related