HEADLINES

Peniaga berputih mata, lesap lebih RM1 juta angkara skim pelaburan palsu

Mangsa mendakwa menekan satu pautan sebelum dimasukkan ke dalam sebuah grup WhatsApp

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga mengalami kerugian kira-kira lebih sejuta selepas terperdaya dalam skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Loi Yew Lik berkata, mangsa berusia 57 tahun itu membuat laporan polis mengenai kes tersebut di IPD Kulim pada jam 2.42 petang, 9 Mei lalu.

Katanya, mangsa mendakwa menekan satu pautan sebelum dimasukkan ke dalam sebuah grup WhatsApp.

“Pada permulaan, mangsa membuat bayaran modal berjumlah RM2,000 dan mendapat keuntungan berjumlah RM780.

“Selepas itu, pengadu membuat bayaran modal lagi sebanyak 21 transaksi ke akaun bank yang dibekalkan sehingga berjumlah RM1,102,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yew Lik berkata, bagaimanapun mangsa tidak mendapat sebarang keuntungan selepas transaksi itu dilakukan, malah diminta membuat bayaran tambahan berjumlah RM900,000 bagi mendapatkan kesemua wang yang sudah dilaburkan.

“Mangsa enggan membuat bayaran tambahan yang diminta kerana mulai curiga dan mengesyaki dirinya ditipu.

“Siasatan mendapati laman Facebook tersebut adalah palsu dan menggunakan nama Warburg Pincus yang juga syarikat pelaburan antarabangsa,” katanya.

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan lumayan agar tidak menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya membuat semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan laman web semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat pelaburan kepada mana-mana syarikat atau platform pelaburan.

“Jadilah rakyat yang bijak, elakkan diri dari ditipu,” katanya. – 15 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related