◉ HEADLINES

SPRM tahan dua pegawai kanan badan berkanun, seleweng dana MoF RM1.2b

Suspek disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MoF) bagi projek pembangunan

5:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan dua orang pegawai kanan badan berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MoF) bagi projek pembangunan bernilai RM1.2 billion.

Perintah reman selama empat hari sehingga 18 Mei ini terhadap dua suspek yang berusia sekitar 50-an dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek disyaki menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman daripada kerajaan.

Katanya, ia dilakukan dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima dari Kementerian Kewangan kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan.

“Penyelewengan peruntukan ini amatlah serius memandangkan peruntukan ini melibatkan dana daripada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap dua suspek terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – 15 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related